Friday, December 30, 2011

minyak TYT bahaya.. hentikan penggunaannya




Apa? Minyak TYT yang orang cakap baik tuk baby tue sebenarnya tak elok? Dah ramai kot orang yang guna.. hu3… So after this.. stop la guna minyak TYT ni k. utamakan kesihatan baby anda..


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk itu, Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd turut diarah menghentikan pembekalan serta menarik balik semua produknya yang berada di pasaran.

“Produk yang terbabit adalah bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011.

“Ia digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin di bahagian perut, sakit perut, rasa loya, cirit-birit, batuk dan demam,” katanya dalam satu kenyataan malam Khamis.

Dr Hasan, yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, berkata semua produk berkenaan disampel di bawah prosedur pengawasan mutu produk berdaftar yang dilakukan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Beliau berkata hasil ujian mendapati produk itu mengandungi merkuri melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5mg/kg.

Merkuri ialah sejenis logam berat dan jika digunakan dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas, gatal, sakit, warna kulit menjadi merah jambu di bahagian pipi, hujung jari dan jari kaki kulit mengelupas serta boleh menyebabkan kerosakan sistem buah pinggang dan otak.

Sehubungan itu, Dr Hasan menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk ‘Twee Hong Huah’ dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan penarikan semula penjualan ubat itu boleh didapati dengan menghubungi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di talian 03-78835546 atau 03-78835539. – BERNAMA


5 comments:

Ban said...

lain kali org pakai minyak petrol baru jadi....hahhahaaha

musafir dunia said...

ha3.. pkai minyak petrol jer la

Nafisya Ismail said...

info menarik...

Anonymous said...

ye ker nie??? mak mmg pengguna setia produk nie... boleh kata barang wajib beli kalau g beli barang2 dapur kat mydin.. siap ambek 3botol skali.. xpakai mlm2 nk tdo xleh... kene gtau mak nie..

musafir dunia said...

@nafisya..... tq..

@anymous... yup. ni yg dkluarkan oleh jabatan kawalan uabtan KKM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...