
Hati seorang lelaki sememangnya berbeza dengan hati seorang wanita
Walaupun kita bergelar makhluk yang sama
Namun kita berbeza
Perempuan sering dikatakan punya hati yang lembut dan mudah terusik
Namun masih ada yang tidak menyedari
hati lelaki juga bisa terusik
Orang kata lelaki tak boleh menangis
Memang betul secara dasarnya
Air mata seorang lelaki hanya akan menunjukkan kelemahannya
Sebab itulah lelaki kena kuat
Kuat dalam menempuh arus kehidupan
Tetapi bagi seorang wanita
Lelaki yang tidak mahu menangis itu hanya kerana egonya
Ego untuk mengeluarkan air mata sendiri
Bukan ego sebenarnya yang ingin di pertahankan
tetapi
Air mata seorang lelaki amat bernilai
Kerana jika dia bergelar seorang lelaki
Dia harus kuat
Harus tabah
Dan harus cekal menempuh setiap masalah yang menimpa
Juga membendung setiap perasaan yang mendatang
Air mata seorang lelaki sering kali sukar dilihat oleh seorang wanita
Kerana menitisnya air mata seorang lelaki sebenarnya bukanlah dari luaran
Tetapi dari dalaman mereka
Ya
Dari hati yang sering kali merintih
Sering kali menangis memikirkan sesuatu yang jarang terlintas dari sudut hati seorang wanita
Mengalirnya air mata seorang lelaki adalah bersama darah mereka di hati
Hangatnya air mata seorang lelaki juga adalah seperti darah yang mengalir laju di hatinya
Sedihnya hati seorang lelaki tiada siapa yang tahu
Kecuali tuan empunya diri sendiri
Jika dari mata seorang wanita melihat mereka tersenyum di hadapan mereka
Sebenarnya belum tentu begitu di dalamnya
Kerana sedih seorang lelaki selalunya tidak akan terzahir pada mata mereka
Sedih mereka tidak ingin di lihat oleh orang Lain
Kerana sedihnya seorang lelaki
Biarlah dia seorang yang merasa
Terasa bersalah jika kesedihan seorang lelaki di kongsi oleh orang lain
Kerana seorang lelaki tidak ingin membuatkan hati orang lain turut sedih
Turut menangis kerananya
Setiap perbuatan dan perlakuan inilah
Yang membuatkan dia bergelar seorang lelaki
2 comments:
Ed pun pernah menangis , sebab putus cinta , :'(
menangis tue biasa.. tpi.. adakalanya kita perlu kuat.. :)
Post a Comment