Monday, December 26, 2011

Janji Tinggal Janji




Janji.. Promise.. வாக்குறுதி …. 약속…..

Walaupun sebutan, bahasa, bunyi dan ejaannya berbeza… tetapi ia hanya membawa 1 maksud sahaja.... iaitu… JANJI…… memang lumrah manusia suka berjanji.. tapi sejauh mana kita penuhi segala janji yang telah dibuat selama ini?

Adakah semuanya sudah tertunai?

Atau masih ada lagi yang tertangguh?

Kalau ada yang masih tertangguh.. bila nak tepati janji tue?

Mungkin ada antara kita yang tak sedar bahawa janji ini juga boleh dikatakan sebagai HUTANG… selagi hutang belum dibayar @ diganti.. ia akan tetap dituntut walau dengan apa cara sekalipun.. mungkin bukan diatas muka bumi… tapi akan dituntut juga di akhirat kelak….

Tidak kiralah sebesar mana pun janji yang dibuat.. janji tetap janji.. hutang tetap hutang.. semuanya perlu dikota….

Allah SWT berfirman:

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya."

Atau, dalam firman-Nya yang lain,

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kalian berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) sesudah meneguhkannya."



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...