Saturday, December 24, 2011

KeHiDuPaN

Orang selalu cakap hidup ibarat roda.. sering berputar... ada kalanya kita di atas... ada kalanya kita dibawah...

Ada jugak orang cakap hidup ibarat permainan teka teki.. penuh persoalan.... dan jawapan juga berbagai-bagai.... lain orang lain jawapannya..

Kadang kadang kita dengar orang cakap.. hidup bak air yang mengalir... walau apa jua halangan mendatang.. tetap perlu diteruskan jua...

Hidup mungkin juga seperti catur... memerlukan strategi untuk bergerak melangkah ke depan atau terus mundur ke belakang... perlukan fikiran yang tajam...

Tapi..

Bagi aku hidup ini ibarat satu pengembaraan... pengembaraan ke destinasi yang abadi.. dalam pengembaraan itu, kita bertemu pelbagai ragam dan cara... kita diuji dengan ranjau dan duri... kita dihujani nikmat dan bahagia... tapi.. kadang kita tenggelam dalam kotak ilusi ciptaan sendiri.. hingga kadang kita lemas terkurung.... kadang kita juga bebas terbang dalam mainan fantasi.. hingga tiada batas menjadi sandaran........

Dalam perjalanan ini juga kita bertemu banyak persimpangan.. ke kanan atau kiri.. atau terus melangkah ke depan mahupun terus mengundur ke belakang... lebih teruk untuk terus berdiam tanpa tindakan. Disini kita memerlukan panduan.. mana arah tuju yang ingin kita teruskan... jika tersilap jalan.. buruk kesannya... tapi.. jika langkah yang diambil adalah betul.. bahagialah ke destinasi impian...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...