Sunday, July 25, 2010

UNTUKMU TEMAN

terimalah nukilan ikhlas yang ku nukilkan ini sebagai bukti setianya aku padamu teman. moga ukhwah kita terus berkekalan dunia dan akhirat. Insyaallah.. amin..


Teman,
hadirmu membawa seribu ketenangan di jiwa,
membawa selautan kebahagiaan di sisi tinta,

sesaat kita bersama,
meninggalkan kesan yang begitu sukar untuk diluahkan,
segala keperitan seolah-olah terbang menghilang,
sebaliknya bayu kedamaian yang membadai jiwa,

namun tak sanggup untuk aku membebani jiwamu,
biarkan diriku sendiri menelan segala keperitan hidup,
supaya dirimu teman,
bisa menikmati tiupan keindahan,
menyelami lautan kebahagiaan,
dan mendaki puncak kenikmatan..

aku rela jika roh dan jasadku terpisah
jiwa dan harta tergadai,
demi membelamu teman,
tapi aku tidak rela jika dirimu yang terseksa
kerana tanpamu teman,
aku bukan sesiapa

Tuesday, July 20, 2010

MANUSIA vs WARNA

MANUSIA vs WARNA

Manusia dan warna memang tidak dapat untuk dipisahkan lagi. Setiap daripada kita mempunyai warna kegemaran masing-masing. Ada yang sukakan warna yang terang, ada juga yang sukakan warna yang lembut dan ada juga yang sekadar sukakan warna asas semata-mata.

Tapi adakah kita sedar bahawa setiap satu warna sebenarnya dapat mempengaruhi persinaliti seseorang. Pada masa yang sama, kita juga dapat mengenali personaliti seseorang itu hanya berdasarkan warna pakaian yang dipakai. Menurut kajian yang telah dibuat hampir 67.8% daripada kita yang tidak sedar akan peranan yang dimainkan oleh pemilihan warna yang melibatkan personaliti diri.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsikan sedikit maklumat yang mungkin berguna buat kita semua mengenai peranan warna dalam memaparkan personaliti seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan terdapat empat warna primer iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa warna yang dilihat begitu serasi dengan jiwa manusia kini.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Jika difikirkan semula, warna apakah yang menjadi pilihan kita? Moga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan dan pengetahuan kepada kita mengenai hubungan diantara personaliti dan warna.

Thursday, July 15, 2010

HARIMAU MENANTI, BUAYA MENUNGGU.





Harimau menanti, buaya menunggu



Seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia asyik menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba dia terdengar bunyi: Aauummmmmm!!!!!!!! Rupa-rupanya datang dari seekor harimau yang sedia menunggu mangsanya.

Alangkah takunya hamba Allah itu lalu meninggalkan tempat itu untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana harimau otu terlalau lapar, ia terus mengejar hamba Allah yang sedang berlari sekuat tenaga dalam hutan. Dalam pada itu, dia sempat berdoa kepada agar terselamat dari dibaham binatang buas tersebut.

Dengan kuasa Allah, diperlihatkan kepada hamba Allah tersebut sebuah perigi. Lalu dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri. Kebetulan terdapat seutas tali yang diikat pada sebuah baldi. Maka bergayutlah hamba Allah itu pada tali tersebut untuk mengelak daripada dibaham oleh sang harimau itu.

Malangnya tali itu pendek sahaja dan dia terpaksa bergayut di tengah-tengah perigi. Dia mendongak dan mendapati harimau tersebut masih setia menanti di sisi perigi. Bermakna kalau dia naik dan keluar, pasti dirinya akan menjadi santapan istimewa bagi sang belang.

Sekali lagi hamba Allah itu berdoa moga Allah menyelamatkannya. Tiba-tiba dia terdengar kocakan air lalu dipandangnya ke bawah. Hamba Allah itu bertambah takut kerana terdapat 2 ekor buaya yang menantinya di dalam perigi. Kalau terlepas tali timba itu, pasti hancur jasadnya dimamah buaya tersebut.

Bertambah-tambah kecut hati hamba Allah itu sehingga seluruh tubuh dibasahi peluh. Sedang asyik mencari jalan untuk menyelamatkan diri, keluar seekor tikus putih dari lubang pada dinding perigi. Tikus itu naik ikut tali timba yang hamba Allah tadi bergayut. Sebaik sampai di atas, terus digigitnya tali tersebut.

“cis, Kurang ajar punya tikus!” marah hamba Allah itu.

Tidak semena-mena keluar pula seekor tikus hitam dari lubang yang sama. Tikus itu turut bergayut pada tali timba dan menuju ke atas. Setelah sampai diatas, digigitnya juga tali tersebut.

“kalau macm ni matilah aku” kata hamba Allah itu didalam hati. Di sudah mati akal untuk memikirkan cara bagi menyelamatkan dirinya. Jika dinaik ke atas, pasti dibaham sang harimau yang sedia menunggu. Jika diturun kebawah pasti hancur badannya dilapah sang buaya. Tikus pula sedang berusaha hendak memutuskan tali.

Tiba-tiba dia terdengar bunnyi sekumpulan lebah. Ketika dia mendongak, setitis madu terjatuh lalu masuk ke dalam mulut hamba Allah itu. Subhanallah!! Enak sungguh rasanya.” Ucapnya sehingga lupa bahaya yang sedang menanti di atas dan di bawah perigi.



Fikir dan renung..

Hamba Allah itu ialah kita semua. Harimau yang mengejar adalah maut kita dan sememangnya ajal sentiasa mengejar kita. Beringatlah bahawa dua ekor buaya adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.

Tali tempat hamba Allah bergayut pula adalah jangka hayat kita. Jika pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam adalah dunia kita siang dan malam yang senantiasa menghakis umur kita. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut pula adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu jatuh ke dalam mulut, sudah kita lupa akan harimau dan buaya.

Sama seperti kita yang mudah lupa pada Allah bila sudah dapat nikmat. Bila senang, kebanyakan daripada kita lupa kepada Allah. Mungkin tiada sesaat pun untuk kita mengingati-Nya. Waktu susah barulah kita mula ingat pada-Nya. Ketika sakit, mulut asyik menyebut kalimah “Allah.. Allah...” tapi bila sembuh, semuanya hanya tinggal kenangan.

Oleh itu sebutlah sepenuh hati dengan lidah yang fasih: Subhanallah, Alhamdulillah, La i laha illai Allah, Allahu Akbar, Astagfirullah dan La Ilaha illa’allah, Muhammaadun Rasulullah.


Fikir-fikirkan.. dan renung-renungkan bersama naskah ini... moga dapat dijadikan sedikit panduan dalam melayari bahtera kehidupan...

Sunday, July 11, 2010

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG DALAM API NERAKA

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t. menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...