Sunday, May 23, 2010

hargailah ketika mereka masih ada..

terdetik naluriku untuk meluahkan rasa hati kecilku ini.. bila melihat situasi dunia hari ini.. ibu bapa dibuang merata-rata tanpa penyesalan.... tidakkah mereka berasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan ini... dimanakah sifat kasih sayang dan perikemanusiaan mereka?

berbaktilah ketika mereka masih ada.. jangan nanti kita tangisi sepenuh jiwa andai mereka pergi buat selama-lamaya.. mungkin sekarang kita x merasainya krana mereka masih ada.. tp percayalah yang suatu hari nanti kita pasti meratapinya andai mereka pergi..

aq sdh merasainya... merasai pengalaman ditinggalkan seorang insan yang aq sayang... pnuh pnyesalan dalam jiwa bila mngenangkan kembali peristiwa itu.... rasa bersalah beraja di jiwa..

ayahku pergi meninggalkan kami ketika aq bru brusia 12 tahun. dan adikku yang paling bongsu hanya berusia 5 bulan.. blum knl wajah ayahku.. tp apakan daya dia pergi meninggalkan kami semua...

sedih juga hatiku bila melihat adik2 ku.. mereka x smpat nk mrasa kasih seorang bapa.. lebih2 lagi adikku yg bongsu.. di sekolah, pada awlnya dia slalu mnyendiri bila rakan2nya bercakap pasal ayah masing2.. tp dia x pnya ayah.. hanya pnya ibu.. kadang2 dia mnangis sndirian..

tp aq prcaya dia kuat tuk menghadapi semua ini. sama seperti semangat ibuku. seorang wanita yang utuh jiwanya membesarkan 13 org zuriat.. aq ingat lagi tatkala ayahku emnghembuskan nafasnya yang terakhir... tiada setitik pun air mata yang mangalir dari mata ibu.. sungguh tabah jiwanya.. ibuku sempat berpesan kepada kami semua anak-anaknya.."jangan sesekali meratapi pemergian ayahmu ini dengan teriakan yang melampau.. kerana ini semua takdir Yang Maha Esa. kita x boleh melawannya...tp kta kna redha dgn semuanya.. kita hanya mampu berdoa semoga dia bahagia di sana"

kini genap sudah 8 tahun dia pergi meniggalkan kami... namun dia hanya hilang dimata tapi bukan di hati kami... kerana dia akan terus bertahta dijiwa anak-anaknya... InsyaAllah..

ku coretkan bingkisan ini bukan untuk bermegah tetapi sekadar ingin mencurah harapan.. moga kita sedar betapa istimewanya insan bergelar ibu dan bapa. ingatlah.."keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanay"... renungkanlah..

Tuesday, May 18, 2010

Ikhlaskah aku!!!!!!

Di kala semua bebanan
terpikul di bahu
akulah jua orang itu
ditakdirkan tuhan
terpilih
utk ini dan itu
namun
masih jua aku menguntum senyum
sdg mereka duduk diam sambil lewa

tika
jasad dan seluruh tenaga
letih lesu
mengharapkan kerehatan secukupnya
dari yg mengerti
pun tika itu
tuhan masih mengujiku
aku jualah yg membawa
slogan "segalanya di atas batu jemala patik"
dipanggil ke sana ke sini
meneruskan misi
sedang mereka khusyuk-masyuk
dgn cerita sendiri


tika aku merenung-renung
lalu tetiba ada rasa mendengus
merengus
"kenapa mesti aku?'
kenapa mesti "segalanya di atas batu jemala patik'
kenapa ada org lain bersila sahaja tanpa kata
klenapa pula aku diam tanpa bicara...
menurut sahaja...

sekarang ...satu pertanyaan
berlegar2 di kepala..
ikhlaskah aku?
ikhlaskah mereka?

Aku mohon pd Rabbul Izzati
Kau sahaja
luahan hati yg maha Mengetahui
ikhlaskan aku.
ikhlaskan mereka
Yakinkan aku ganjaranMU
yakinkan juga mereka...

Sunday, May 16, 2010

MADAH CINTA SEBUAH TULISAN

Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!

Friday, May 14, 2010

cinta make over

Apabila berkali-kali Fazlin bertembung dengan tunangnya bersama beberapa gadis-gadis sekolej dengannya, dia bagaikan sudah serik untuk meneruskan pertunangannya. Hari Azman ditangkap khalwat, adalah hari dia mahu memutuskan pertunangannya itu. Namun, ibunya yang begitu menyanjung keluarga Azman, amat keberatan membenarkan dia berbuat demikian. Lalu,

“Kita tak boleh nak sewenang-wenangnya memutuskan pertunangan ini Lin, mama takut nanti mama dibenci bapa Azman, dia tu Dekan mama!”
“Maaa, Lin tak tahan dengan perangai Azman…you know kan?”
“Ya laa…mama pun menyesal dan malu menerima si Azman…emm, apa kita nak buat Lin?”
“The only way to do this ma…ialah dengan membuatkan si Azman itu sendiri memutuskan pertunangan ni!! Eee…geramlah ma!”
“Err…tapi nak buat camana?”
“Alaaa…Lin buat macamana dia buatlah, bagi kena tangkap khalwat dengan lelaki lain…haaa, senang je tu!”
“Issshhh…gila?! Mamaa tanya betul-betul ni, bukan main-main…”
“Betul lah ma…”
“Habis, lepas kau kena tangkap, mana mama nak sorok muka mama ni? Malu satu kolej, satu keluarga kita malu, semua sedara mara tanya apa nak jawab?! Huuu…NO! NO! NO!!”
“Ok then…mama bagilah idea…”
“Okey…emm, apa kata…”

Monday, May 3, 2010

kisah pemuda soleh

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...