Thursday, March 17, 2011

Kau Yang Teristimewa

Alangkah indahnya dunia ini andai semua yang kita cita jadi kenyataan... alangkah bahagianya hati jika kita peroleh apa yang kita dambakan.. dan alangkah cerianya hidup kita andai segala yang diimpikan menjadi realiti dan bukan sekadar mimpi di alam fantasi. Tapi tak semuanya akan dapat kita kecapi.. kerana setiap yang dijanji pasti dibeli... dan bukan sekadar mendapat dan terus mendakap.. tapi perlu juga digadai dan dipertaruh. Yea.. untuk mendakap apa yang kita impikan kita perlu berkorban.

Setiap insan mengimpikan kebahagian dalam perhubungan. Saling memerlukan dan saling mencurah kasih dan sayang. Kerana itu naluri insan punya keinginan untuk bercinta dan dicintai. Yea... “CINTA”... satu kalimah yang memang didamba semua. Tapi adakah semua dari kita dapat memilikinya? Tepuk dada Tanya jiwa...

Aku juga pernah merasai nikmat cinta. Tapi bukan pada jangka yang lama. Cukup genap 1 tahun hayatnya. Yea.. 1 tahun jer!!.. 13 Jun 2006- 13 Jun 2007... pendek jerk an??? Walau tempohnya agak singkat.. tapi kesannya cukup lama. Jujur aku cakap.. hingga kini namanya tetap terpahat dijiwa...

saya sedar awak bukan milik saya lagi. Dan saya tidak berhak menganggu hidup awak. Tapi saya cukup gembira sebab kita tetap kekal sebagai teman. Cuma kadang saya rasa cukup terkilan bila memikirkan kembali segala yang berlaku dulu. Yea.. saya akui.. saya punca segalanya.. antara puncanya:

1) saya kurang perhatian pada awak. Sedangkan saya tahu naluri wanita inginkan perhatian dari “teman” nya

2) saya selalu sibuk dengan dunia saya sendiri. Sedangkan saya tahu ada yang menanti kehadiran saya.

3) Saya terlalu mengabaikan awak. Sedangkan saya tahu awak punya hati yang perlu dijaga.

4) saya memang bukan seorang yang romatik. Sedangkan saya tahu awak inginkan sebegitu.

5) saya juga bukan seorang yang suka @ pandai memujuk. Sedangkan saya tahu awak selalu berharap saya datang memujuk.

6) Dan yang paling saya ingat... dan yang selalu saya buat.. tiap kali mesej waktu malam.. mesti saya tertidur. Sedangkan saya tahu awak sedia menunggu balasan dari saya. Sebagai balasan memang muncung ler mulut awak esoknya.

Tapi... mungkin awak tak sedar sebenarnya setiap yang pernah berlaku antara kita ada tersimpan dalam memori terindahku. Setiap yang diluahkan tetap saya ingat hingga kini. Yea.. hampir semuanya saya ingat.

Hari ini saya nak bocorkan something yang semua orang tak pernah tahu... even kawan2 baik saya sendiri. Yea.. memang agak memalukan tapi inilah realitinya. Sebenarnya saya dah mula usha awak sejak dari form 1 lagi. 05 Mac 2003 kot. N law xsalah hari rabu. Masa tue, saya lalu depan kelas awak n tiba2 saya terpandang awk.. entah kenapa saya rasa suka tengok awak... dan sejak tue lah saya mula perhati awk dari jauh. saya tak pernah cakap dengan awak kan. Cuma kalau terserempak just senyum jer la.. tue pon da kira gembira da.. he3... tapi saya terpaksa pendamkan semua tue bila ada sorang kawan saya cakap yang awk tue kekasih dia. Dan sebab tue, saya cuba padam semuanya. Tapi jujur saya cakap, saya masih mengharapkan awak. Naik form 4 saya mula bercakap dengan dengan. Maklumlah sama2 pengawas. Senang cket.. ada ruang dan peluang.. he3... n dari situ saya mula kenal awak kn.. n akhirnya awk bg no fon awak. Tpi bukan no hanset. Tapi no telefon rumah awak. Sejak tue la saya mula call awak.. hujung minggu jer la sebab awak duk hostel. Akhirnya tarikh 13 JUN 2006.. saya dengan berani ( tapi takut gak) meluahkan perasaan saya kat awak (dalam surau)... n yang happy nyer.. awak terima saya.. he3...

Tapi semuanya da berakhir sekarang.... dan yang tak disangka.. tarikh awak mintak clash pon pada tarikh yang sama. 13 Jun 2007.. time ni saya kat USM Kelantan sebab ada competition. saya ingat lagi mesej awak

“ sampai hati awk buat saya mcam ni. Saya ingat semuanya ikhlas. Tapi awk tipu saya. Awak mainkan perasaan saya. Saya betul2 xsangka yang awak sanggup buat semua ni. Anggap lah yang kita tak pernah ada apa2 lagi lepas ni. Selamat tinggal”.

ringkas tapi padatkan mesej ni? Tapi mesej ni da cukup buat saya sedih. Tapi saya tahan jer... time ni hanya dua org jer yang ada dengan saya. Saper lagi klau bukan sahabat baik saya..awk pun tahu sape dorang ni. tapi saya cuba buat selamba la.. dlam hati.. Allah jer la taw btapa sedihnya saya.

Maaf la kalau saya ungkit kisah dulu.. tapi jujur.. sampai hari ni.. belum ada insan lain pun yang dapat buka pintu hati saya macam mana awak pernah buka. Sebab awak la orang yang pertama buat saya kenal apa itu CINTA.

Saya Cuma nak awk tahu yang saya tak pernah lupakan awak... terutamanya bila saya:

1) Bila saya tengok teddy bear.. mesty saya ingat awk.. sebab say taw awk memang “hantu bear”. Sebab tue mana2 pon saya pergi. Akan ada bear tuk awk. Tak kira lah kecil @ besar. Saya harap awk masih simpan semua bear2 tue.

2) Bila saya tengok “pau”. Yea.. pelik kan.. tapi btul.. saya tak pasti awk ingat @ tak.. saya salu panggil awk “pau” sebab pipi awk yang macam pau. Bila marah merah pipi awk. Tapi saya suka

3) Bila saya tengok “Pooh”.. sebab saya suka panggil awk “Pooh” bila awk marah @ merajuk.. lepas tue mesti awk senyum kan... saya suka tengok awk senyum..

4) Dan paling saya suka bila kita mesej.. saya suka guna yea la tue” n “ taw xper. Tapi awk suka guna “ nak kna sekeh” n “cubit kan baru tw”.

5) Bila orang cakap kenapa mesej pendek. Saya ingat awk.. sebab awk suka cakap “ suka sangat mesej pendek2. Orang mesej bukan maen panjang lagi. Dia balas pendek jer. Benci la”. Tapi saya tw awk cakap benci tapi awk sayang saya. He3

Tapi semua tue kisah lama kan... saya da tak mampu nak buat semua tue. Dan Alhamdulillah sepanjang kita kenal, saya tak pernah sentuh kulit awk dengan sengaja. Sebab saya tak berani sentuh orang yang saya cinta tanpa ikatan sah..

Walau apa pun.. dari dulu... kini.. dan selamanya.. awk akan tetap ada dalam hati saya. Sebab awk orang pertama yang buka pintu hati sya pada cinta. Kini saya hanya mampu doakan moga awak bahagia bersama dengan orang yang awak cinta. Sya selalu doakan yang terbaik buat awk walaupun hati saya kadang terluka dan hiba. Tapi inilah pengorbanan yang perlu saya buat.

cinta tak semestinya dimiliki. Cukuplah sekadar kita dapat melihat dia tersenyum bahagia bersama orang yang dicintainya.

Saturday, March 5, 2011

CiNtA!!!

Saya cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi saya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat kepada kecantikan kerena ia akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut ditelan masa. Apa yang kekal….? hanyalah kecantikan hati seseorang....

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan erat.

Mimpikan apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

"Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerrana perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan sakit dek bisanya mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...