Sunday, January 15, 2012

MOGA KAU BAHAGIA DI SANA SAHABAT..

Kehilangan seorang yang kita sayang dan kasihi adakalanya cukup memeritkan. Mungkin ramai yang merasakan sakit putus cinta itu sangat pedih.. tpai sakit dan perit kehilangan seorang SAHABAT lebih memeritkan. Itulah yang kami alami..

dan hari itu.. kami semua dikejutkan dengan pemergian salah seorang sahabat baik kami.. MOHD AZLI HASLAM… atau ZELI.. memang tak disangka.. arwah pergi tinggalkan kami seawal usia 21tahun. Mungkin terlalu muda. Dan kejadian ini berlaku seminggu sebelum Hari Raya Haji 2011.

Kami dan plan nak gathering pada hari raya tue. Tapi ni plak yang terjadi. Aku percaya yang bukan aku seorang yang meratapi pemergian arwah.. tapi semua yang pernah mengenali arwah. Sebab arwah seorang yang sangat baik dan peramah.

Banyak kenangan kami semua bersama arwah.. terutamanya ketika di Asrama Anak Yatim PERKAYA, Setiu (2003-2007).. terlalu banyak suka dan duka dikongsi bersama… memang sukar untuk ditulis.. tapi ia tetap kekal dalam lipatan memori kami..

Walau apapun yang berlaku.. kami hanya mampu berdoa moga roh arwah dipermudahkan urusannya, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dilapangkan jalan ke akhirat dan semoga rohnya sentiasa tenang di-Sana..

Bacaan al-Fatihah dan doa kami kirimkan.. moga berbahagia di alam sana… tapi percayalah.. kami semua sangat menyayangi dan merinduimu Zeli.. kerana kita semua sahabat sejati……




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...