Monday, December 26, 2011

apa itu CINTA??

CINTA adalah anugerah yang di berikan oleh tuhan kepada setiap manusia. Tidak dinafikan semua orang mendambakan perasaan indah ini untuk terus hadir dan subur dalam diri masing2.. tapi.. Adakalanya makhluk bernama manusia ni cepat hanyut dalam kalimah CINTA ni.. so.. Musafir Dunia nak kongsi.. apa itu CINTA..

CINTA

Cinta adalah perasaan menyayangi dan mengasihi yang dimiliki oleh sesiapapun. Baik kepada lingkungan kehidupan, haiwan, hobi, bahkan sampai kepada lawan jenis.
Ada beberapa istilah cinta yang menjadi sebutan ahli planet Marikh ni..

1. Cinta kepada lawan jenis sering disebut dengan "Jatuh Cinta ". Jatuh cinta dapat dirasakan oleh siapapun, bila masanya, dan di mana terjadi.
Kadang-kadang boleh jatuh berdebuk.. macam nangka busuk.. so sediakan tilam empuk k..


2. Cinta remaja sering disebut dengan "Cinta Monyet ". Cinta monyet biasanya terjadi mulai dari usia 11-12 tahun. Tetapi terkadang ada anak-anak yang sudah mulai mengenal cinta pada usia yang masih muda, iaitu sekitar umur 7-8 tahun. Tapi ramai juga beranggapan cinta monyet akan terus kekal walaupun dah berusia belasan tahun @ masih bersekolah..
so.. jangan nak bergayut sangat la yea......


3. "Cinta pada Pandangan Pertama" adalah perasaan suka yang muncul pada saat pertama kali bertemu. Orang yang merasakan perasaan tersebut biasanya mengklaim yang dirinya telah jatuh cinta pada waktu pertama bertemu
. Bak kata orang... dari mata terus ke hati....


4. "Cinta Buta" adalah perasaan suka yang tanpa didasari perasaan dan menyukai seseorang sehingga sanggup melakukan apa sekali pun untuknya tanpa melihat apa yang akan terjadi..
lebih kurang macam orang gila la.. pandai2 lah cover yea..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...