Wednesday, December 15, 2010

AKU BERSAMAMU

hari ini kakiku terjungki-jungkit,


langkahku perlahan bernada longlai,



ku seret kaki bersama deseran pasir,



tiada alas membalut kakiku,



sepatu ku gengam penuh kudrat...






cairan likat mula mengalir,


warnanya merah cukup perit,



puluhan torehan cuba diselit,



tapi tetap jelas di mataku,



rasa sakit kadang menyingah,



tapi terus kabur di denai nekad.







bukan kesakitan ini yang perlu aku tangisi,


tapi derita jiwa yang aku kenangi,



luka di kaki hanya sementara,



tapi jihad kekejaman mula beraja,



derita aku bukan apa-apa



derita saudaraku lebih dari segalanya







*tulisan ini aku tujukan buat saudaraku yang sedang berjihad fisabilillah.. moga diselamatkan mereka dari kekejaman dunia*




MUSAFIR DUNIA
15/12/2010
1315-1320

MAWAR MULA MELAYU

ku lihat bebunga itu,

kini kian melayu,

dulu kuntumnya indah mekar,


kelopak indah menghiasa panorama,


dijaga kemas duri yang berbisa,


baunya wangi menyengat jiwa..





kelopaknya indah berwarna merah,


debunganya kecil tapi menyerlah,


mekarnya kuntum mengukir senyum,


memikat kumbang datang menjamu...






tapi kini kuntumnya mulai suram,

merah warnanya kian pudar,


duri yang melindungi kini patah,


kelopak yang dulunya kembang mula menghilang,


dibawa bersama wangian indah,


semuanya kini telah musnah...






*karya ku ini ku tujukan buatinsan bernama wanita... tidak kira tua mahupun muda.. kini semakin hilang pertimbangan jiwa.. kembalikan segala sinar dalam jiwa.. moga kita beroleh rahmat dariNya*


MUSAFIR DUNIA
15/12/2010
1305-1310

Sunday, December 12, 2010

TIPS KEBAHAGIAAN SEBUAH PERHUBUNGAN

Setiap daripada kita menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan gembira.. tapi kali ini.. Saya ingin berkongsi sedikit perkongsian mengenai RAHSIA KEBAHAGIAAN DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN.. Walaupun saya belum mendirikan rumah tangga.. tetapi tips ini merupakan hasil daripada bahan bacaan serta sumber-sumber ilmu untuk dikongsi bersama....

Bagi yang ingin membina rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.. renungkanlah beberapa tips serta rahsia ini...

1) Letakkanlah tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah swt. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam diri setiap manusia yang normal.

2) Sedari bahawa perkahwinan kita adalah suatu ketetapan daripada Allah swt. Tanpa restu serta izinNya, perkahwinan kita tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang dilakukan kearahnya. Begitu juga dengan usia perkahwinan serta tempoh kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu.

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan baik oleh sang suami mahupun sang isteri. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub di dalam al-Quran dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia. Laksanakan segala tanggunngjawab ini bukan sekadar sebagai satu bebanan... tapi laksakan seikhlas hati mengikut kadar serta kemampuan yang telah digariskan.

4) Dalam sebuaah ikatan perkahwinan, letakkanlah darjat Allah swt dan Rasulullah saw pada darjat yang tertinggi menjangkaui segalanya. Fahami kedudukan kita di sisi pasangan masing-masing. Kita perlu sedar bahawa kita bukanlah orang yang pertama di hatinya. Setelah memahami kedudukan yang telah ditetapkan oleh Allah ini, kita haruslah sentiasa tolong diantara satu sama lain serta saling mengingati dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya ia sentiasa berada di garis yang haq dan bukannya batil.

5) Kita dan pasangan kita adalah manusia yang biasa dan daif. dan setiap dari kita tidak akan dapat lari dari sebarang kelemahan mahupun kesilapan. Sekiranya ada diantara kita yang melakukan kesilapan atau kekurangan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah bersikap tolak ansur, memahami dan yang penting saling maaf memaafi sesama kita.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah swt ada mengambarkan sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia bagi menghindarkan diri dari hujan dan panas. Begitulah juga dengan pasangan kita. Kita saling memerlukan dan saling melengkapi.. kerana itu diciptakan manusia berpasang-pasangan.

7) Beradab di pertemuan pertama dengan pasangan. Pertelingkahan antara suami isteri adalah suatu yang normal dan sudah menjadi lumrah dalam sebuah ikatan perkahwinan. sedangkan lidah lagi tergigit, inikah pula suami isteri. Namun, ketika berlaku pertelingkahan janganlah terlalu diperbesarkan. jangan takut untuk menghadapi ujian ini dan dugaan ini. Kerana rumah tangga yang diuji akan lebih kukuh dan ia akan menguatkan sebuah perhubungan itu lebih matang jika kita bijak mengatasinya. Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt agar memudahkan urusan kita dalam melayari bahtera perkahwinan.

8) Seelok-eloknya luangkanlah sedikit ruang dan masa untuk bercerita dan berkongsi apa jua masalah sebelum melelapkan mata. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar jika saling percaya diantara satu sama lain.

Percayalah... setiap badai yang melanda pasti ada hikmahnya. Setiap kali taufan datang menguji, pasti dibawanya sedikit isi... begitu juga dengan ujian dalam sesebuah perhubungan... satiap ujian serta dugaan, pasti menjanjikan makna yang tersendiri.

Semoga sedikit perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit panduan buat semua. Kepada insan yang dah berumah tangga.. Saya doakan moga masjid yang dibina terus kekal utuh selamanya. Kepada mereka yang akan mengikat ikatan batin ini, saya doakan moga kalian beroleh rahmat serta dipanjangkan jodoh hingga akhirnya... dan kepada rakan-rakan yang sedang meniti perhubungna cinta. saya doakan moga hubungan kalian sentiasa gembira dan bahagia. Jalinlah katan kasih pada haknya dan jangan sesekali melakukan sesuatu diluar batas kewarasan manusia dan yang penting ISLAM.

barakallah hufikum.. lillahita'ala... assalamualaikum wbt ..


MUSAFIR DUNIA
12 DEC 2010
1005-1025

Friday, December 3, 2010

PONDOK USANG INI

di pondok usang ini

telah tercipta satu lembaran sejarah...

lahirnya nafas baru yang kini meraung..

melihat dunia penuh kedaifan...


di pondok usang ini...

kasihnya mula bersemi....

walau harta tidak dimiliki...

tapi jiwa kami tetap dibajai..


pondok usang ini..

makin lemah tidak bermaya..

tiangnya makin rapuh dimamah serangga...

dindingnya berlubang tidak tertampal..

bumbungnya tiris disimbah hujan...

menunggu saat rebah menyembah bumi


namun..

penghuninya tetap setia....

membesarkan 13 nyawa bersama jiwanya..

kadang lapar tidak terisi.

kadang perut tendangnya berbunyi...

hingga baju tidak berganti...

hingga kaki tidak beralas..


tapi..

demi kasihnya pada anugerah Illahi.

dititipnya mereka penuh dijari...

tiap rintihan cuba dipenuhi...

hingga kadang titisnya air di pipi..


di pondok usang ini..

aku mengenal ertinya hidup

tak ku sesali keperitan ini..

tak ku dendami kepayahan ini..

tapi.. aku bersyukur pada Illahi..

kerana aku dapat merasa hidup begini....


di pondok usang ini...

aku belajar ertinya berdikari..

hingga ku ajar dirku bangkit berdiri...

ku kutip tin... ku pungut besi...

ceruk kampung aku jelajahi

untuk ditukar dengan sesuap nasi....

untuk ku beli alasnya kaki...


terima kasih...

kerana tanpa kepayahan dan keperitan ini...

mana mungkin aku bisa menapak seperti kini..

takkan ku seret kaki tanpa alasnya lagi..

takkan ku biarkan yang lainnya sepi...



Musafir Dunia

03 12 2010

1230-1240


Wednesday, December 1, 2010

UNTUKMU BANGSAKU MELAYU

ketuanan melayu ketuanan bangsa...

terus megah di puncak sana...

di landaian manusia mula menjelma..

tika dunia semakin dahaga..


mana perginya perwira negara..

mana pergi putera bangsa..

mana hilang srikandi jiwa...

mana pergi semangat kita...


nenek moyang bergadai nyawa..

demi mencipta sejarah bangsa...

nyawa harta jadi taruhannya..

hingga melukut di tepi jendela...


mekar kuntumnya bangsa melayu..

dari benih yang terlalu pilu...

terus dibaja dengan kasih yang jitu....

hingga kelopak bunga mula bermadu..


namun sayang...

jiwa bangsa melayuku kini terus hilang dimamah bumi..

bukan serangga mahupun burung yang bawanya lari..

tapi diinjak bangsaku sendiri..


sedarlah wahai melayu..

kenapa perlu kita gadaikan ketuanan melayu..

kenapa mesti kita pijak maruahnya melayu..

kenapa perlu kita lontarkan fitnah melayu..

dan kenapa perlu kita layangkan jiwa melayu...


jangan kerana dunia semakin berubah..

jiwa kita juga beralih arah...

kembalikan segala kasih pada asalnya...

kembalikan segala sayang pada haknya...


bersatulah wahai bangsaku..

bangsa melayu....

kita adalah satu....

berpijaklah di landaian yang realiti...

jangan bermimpi di dunia fantasi..

kerana ini hak yang hakiki..



NUKILAN: MUSAFIR DUNIA

TARIKH: 01/12/2010

MASA : 1650-1655

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...