Wednesday, December 15, 2010

AKU BERSAMAMU

hari ini kakiku terjungki-jungkit,


langkahku perlahan bernada longlai,



ku seret kaki bersama deseran pasir,



tiada alas membalut kakiku,



sepatu ku gengam penuh kudrat...






cairan likat mula mengalir,


warnanya merah cukup perit,



puluhan torehan cuba diselit,



tapi tetap jelas di mataku,



rasa sakit kadang menyingah,



tapi terus kabur di denai nekad.







bukan kesakitan ini yang perlu aku tangisi,


tapi derita jiwa yang aku kenangi,



luka di kaki hanya sementara,



tapi jihad kekejaman mula beraja,



derita aku bukan apa-apa



derita saudaraku lebih dari segalanya







*tulisan ini aku tujukan buat saudaraku yang sedang berjihad fisabilillah.. moga diselamatkan mereka dari kekejaman dunia*




MUSAFIR DUNIA
15/12/2010
1315-1320

MAWAR MULA MELAYU

ku lihat bebunga itu,

kini kian melayu,

dulu kuntumnya indah mekar,


kelopak indah menghiasa panorama,


dijaga kemas duri yang berbisa,


baunya wangi menyengat jiwa..





kelopaknya indah berwarna merah,


debunganya kecil tapi menyerlah,


mekarnya kuntum mengukir senyum,


memikat kumbang datang menjamu...






tapi kini kuntumnya mulai suram,

merah warnanya kian pudar,


duri yang melindungi kini patah,


kelopak yang dulunya kembang mula menghilang,


dibawa bersama wangian indah,


semuanya kini telah musnah...






*karya ku ini ku tujukan buatinsan bernama wanita... tidak kira tua mahupun muda.. kini semakin hilang pertimbangan jiwa.. kembalikan segala sinar dalam jiwa.. moga kita beroleh rahmat dariNya*


MUSAFIR DUNIA
15/12/2010
1305-1310

Sunday, December 12, 2010

TIPS KEBAHAGIAAN SEBUAH PERHUBUNGAN

Setiap daripada kita menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan gembira.. tapi kali ini.. Saya ingin berkongsi sedikit perkongsian mengenai RAHSIA KEBAHAGIAAN DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN.. Walaupun saya belum mendirikan rumah tangga.. tetapi tips ini merupakan hasil daripada bahan bacaan serta sumber-sumber ilmu untuk dikongsi bersama....

Bagi yang ingin membina rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.. renungkanlah beberapa tips serta rahsia ini...

1) Letakkanlah tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah swt. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam diri setiap manusia yang normal.

2) Sedari bahawa perkahwinan kita adalah suatu ketetapan daripada Allah swt. Tanpa restu serta izinNya, perkahwinan kita tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang dilakukan kearahnya. Begitu juga dengan usia perkahwinan serta tempoh kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu.

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan baik oleh sang suami mahupun sang isteri. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub di dalam al-Quran dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia. Laksanakan segala tanggunngjawab ini bukan sekadar sebagai satu bebanan... tapi laksakan seikhlas hati mengikut kadar serta kemampuan yang telah digariskan.

4) Dalam sebuaah ikatan perkahwinan, letakkanlah darjat Allah swt dan Rasulullah saw pada darjat yang tertinggi menjangkaui segalanya. Fahami kedudukan kita di sisi pasangan masing-masing. Kita perlu sedar bahawa kita bukanlah orang yang pertama di hatinya. Setelah memahami kedudukan yang telah ditetapkan oleh Allah ini, kita haruslah sentiasa tolong diantara satu sama lain serta saling mengingati dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya ia sentiasa berada di garis yang haq dan bukannya batil.

5) Kita dan pasangan kita adalah manusia yang biasa dan daif. dan setiap dari kita tidak akan dapat lari dari sebarang kelemahan mahupun kesilapan. Sekiranya ada diantara kita yang melakukan kesilapan atau kekurangan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah bersikap tolak ansur, memahami dan yang penting saling maaf memaafi sesama kita.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah swt ada mengambarkan sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia bagi menghindarkan diri dari hujan dan panas. Begitulah juga dengan pasangan kita. Kita saling memerlukan dan saling melengkapi.. kerana itu diciptakan manusia berpasang-pasangan.

7) Beradab di pertemuan pertama dengan pasangan. Pertelingkahan antara suami isteri adalah suatu yang normal dan sudah menjadi lumrah dalam sebuah ikatan perkahwinan. sedangkan lidah lagi tergigit, inikah pula suami isteri. Namun, ketika berlaku pertelingkahan janganlah terlalu diperbesarkan. jangan takut untuk menghadapi ujian ini dan dugaan ini. Kerana rumah tangga yang diuji akan lebih kukuh dan ia akan menguatkan sebuah perhubungan itu lebih matang jika kita bijak mengatasinya. Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt agar memudahkan urusan kita dalam melayari bahtera perkahwinan.

8) Seelok-eloknya luangkanlah sedikit ruang dan masa untuk bercerita dan berkongsi apa jua masalah sebelum melelapkan mata. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar jika saling percaya diantara satu sama lain.

Percayalah... setiap badai yang melanda pasti ada hikmahnya. Setiap kali taufan datang menguji, pasti dibawanya sedikit isi... begitu juga dengan ujian dalam sesebuah perhubungan... satiap ujian serta dugaan, pasti menjanjikan makna yang tersendiri.

Semoga sedikit perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit panduan buat semua. Kepada insan yang dah berumah tangga.. Saya doakan moga masjid yang dibina terus kekal utuh selamanya. Kepada mereka yang akan mengikat ikatan batin ini, saya doakan moga kalian beroleh rahmat serta dipanjangkan jodoh hingga akhirnya... dan kepada rakan-rakan yang sedang meniti perhubungna cinta. saya doakan moga hubungan kalian sentiasa gembira dan bahagia. Jalinlah katan kasih pada haknya dan jangan sesekali melakukan sesuatu diluar batas kewarasan manusia dan yang penting ISLAM.

barakallah hufikum.. lillahita'ala... assalamualaikum wbt ..


MUSAFIR DUNIA
12 DEC 2010
1005-1025

Friday, December 3, 2010

PONDOK USANG INI

di pondok usang ini

telah tercipta satu lembaran sejarah...

lahirnya nafas baru yang kini meraung..

melihat dunia penuh kedaifan...


di pondok usang ini...

kasihnya mula bersemi....

walau harta tidak dimiliki...

tapi jiwa kami tetap dibajai..


pondok usang ini..

makin lemah tidak bermaya..

tiangnya makin rapuh dimamah serangga...

dindingnya berlubang tidak tertampal..

bumbungnya tiris disimbah hujan...

menunggu saat rebah menyembah bumi


namun..

penghuninya tetap setia....

membesarkan 13 nyawa bersama jiwanya..

kadang lapar tidak terisi.

kadang perut tendangnya berbunyi...

hingga baju tidak berganti...

hingga kaki tidak beralas..


tapi..

demi kasihnya pada anugerah Illahi.

dititipnya mereka penuh dijari...

tiap rintihan cuba dipenuhi...

hingga kadang titisnya air di pipi..


di pondok usang ini..

aku mengenal ertinya hidup

tak ku sesali keperitan ini..

tak ku dendami kepayahan ini..

tapi.. aku bersyukur pada Illahi..

kerana aku dapat merasa hidup begini....


di pondok usang ini...

aku belajar ertinya berdikari..

hingga ku ajar dirku bangkit berdiri...

ku kutip tin... ku pungut besi...

ceruk kampung aku jelajahi

untuk ditukar dengan sesuap nasi....

untuk ku beli alasnya kaki...


terima kasih...

kerana tanpa kepayahan dan keperitan ini...

mana mungkin aku bisa menapak seperti kini..

takkan ku seret kaki tanpa alasnya lagi..

takkan ku biarkan yang lainnya sepi...



Musafir Dunia

03 12 2010

1230-1240


Wednesday, December 1, 2010

UNTUKMU BANGSAKU MELAYU

ketuanan melayu ketuanan bangsa...

terus megah di puncak sana...

di landaian manusia mula menjelma..

tika dunia semakin dahaga..


mana perginya perwira negara..

mana pergi putera bangsa..

mana hilang srikandi jiwa...

mana pergi semangat kita...


nenek moyang bergadai nyawa..

demi mencipta sejarah bangsa...

nyawa harta jadi taruhannya..

hingga melukut di tepi jendela...


mekar kuntumnya bangsa melayu..

dari benih yang terlalu pilu...

terus dibaja dengan kasih yang jitu....

hingga kelopak bunga mula bermadu..


namun sayang...

jiwa bangsa melayuku kini terus hilang dimamah bumi..

bukan serangga mahupun burung yang bawanya lari..

tapi diinjak bangsaku sendiri..


sedarlah wahai melayu..

kenapa perlu kita gadaikan ketuanan melayu..

kenapa mesti kita pijak maruahnya melayu..

kenapa perlu kita lontarkan fitnah melayu..

dan kenapa perlu kita layangkan jiwa melayu...


jangan kerana dunia semakin berubah..

jiwa kita juga beralih arah...

kembalikan segala kasih pada asalnya...

kembalikan segala sayang pada haknya...


bersatulah wahai bangsaku..

bangsa melayu....

kita adalah satu....

berpijaklah di landaian yang realiti...

jangan bermimpi di dunia fantasi..

kerana ini hak yang hakiki..



NUKILAN: MUSAFIR DUNIA

TARIKH: 01/12/2010

MASA : 1650-1655

Saturday, November 27, 2010

InDaHnYa AlaM pEdOmAN iNsAn

dinginnya pagi menusuk kalbu.....
tika embun menitiskan sendu...
kala sang serangga mula bertamu....
hingga kuntumnya bunga mekar bermadu....

kasihnya rembulan pada sang bintang...
indah berteman dikala malam..
sayangnya pelangi padanya hujan..
terbit indah menutup kesyahduan....

butirnya pasir di gigi pinggiran
menghias pantai cantik pandangan
walau dipukul badai melintang..
tetap setia sebagai teman

derasnya arus memukul tepian....
hadirnya batu sebagai penenang
menghalang arus dari menentang....
teguh bersama dikala tenang..

indahnya alam sebagai pedoman
buat insan yang bergelimpangan
mana kasih mananya sayang..
tika senang dirinya ditatang..
tika susah maruahnya dilayang..
jiwanya dicanang.....
hingga berkecai sebuah kesetiaan..
hancur binasa sebuah persahabatan..


musafir dunia
27/11/2010
1015-1020

Wednesday, November 10, 2010

KeBaHaGiAaN mILiK sEmUa...

Betapa bahagianya orang yang masih mampu menikmati semua keindahan yang dihidangkan oleh alam di sekeliling kita. Kalau kita mau membuka mata dan mengamati sekeliling kita TANPA PENILAIAN, maka kita pun akan dapat melihat segala keindahan itu! Dalam setiap gerak- geri manusia, lambaian setiap ranting pohon, sinar matahari, tiupan angin, cerahnya bunga dengan keharumannya, kicaunya burung, senyum seorang pemuda, pandang mata seorang ibu kepada anaknya.

Betapa indah dan menakjubkan kesemuanya nikmat ini.... Sayang, batin kita sudah terlampau sarat dengan pelbagai persoalan, segala macam masalah kehidupan, kerungsingan, kesusahan, ketakutan, kesangsian, kebencian, permusuhan, iri hati, cemburu yang mendatangkan kesengsaraan dalam batin. Batin yang sengsara, bagaimana mungkin dapat melihat keindahan itu? Segalanya hanya akan nampak buruk dan membosankan!


kenapa mesti kita menutup pintu kebahagiaan insan lain semata-mata kerana kesilapan yang silam?????? kenapa mesti kita taburkan pasir diatas dulang kebahagiaan insan yang lainnya... kenapa mesti kita singkap kasih insan lain demi memuaskan hati sendiri...

tapi kenapa kita tidak membuka pintu hati yang penuh kebencian dengan seribu kemaafan... kenapa tidak kita laungkan kemaafan disebalik segala kesilapan yang lalu..
kenapa tidak kita berikan sedikit sinar kebahagiaan kepada insan yang memerlukan..

kita semua makhluk Yang Esa... kita semua sama disisi-Nya.. kita semua makhluk yang bersaudara.. asalnya tetap sama.. diciptakan dari tanah.. dan akan kembali kepada tanah... justeru kenapa mesti ada jurang diantara kita??????????? kenapa mesti dimusnahkan tirai kebahagiaan yang lain..

wahai sahabatku.. wahai rakanku... wahai kawanku.. wahai temanku.. wahai rakanku... dan.. wahai manusia... kembalilah kepada asal usul kita... jangan sesekali kita lupa siapa kita.. biarlah kebahagiaan menjadi milik semua insan.. kerana ia bukan milik kita yang hakiki.. kerana kita ini milikNya yang abadi...

jangan kita lupa.. jangan kita alpa... dan jangan sesekali kita cuba untuk bersikap nista dan dusta.. kerana kebahagiaaan dunia hanya sementara.. kebahagiaan akhirat adalah yang kekal selamanya..

Friday, October 29, 2010

EGO lelaki vs EMOSI wanita...

EGO......EMOSI... dua kalimah yang begitu sering di dengar.... perkataan yang hanya berdiri pada tiga huruf.. E...G...O.... dan lima huruf E...M...O...S... I.... namun 2 istilah ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadi tonik dalam membangunkan diri.. dan pada masa yang sama.. boleh menjadi racun yang bisa membinasakan manusia... semuanya terpulang pada kita.. insan yang bergelar manusia.. makhluk yang diciptakan dengan kelebihan aqal fikiran dan nurani manusia.. inilah yang membezakan kita.. makhluk yang bernama manusia.. dan ciptaan-Nya yang lain..

Jika ditanya pada wanita.. siapakah yang ego diantara lelaki ataupun wanita.. sudah pasti jawapannya adalah LELAKI.. dan ayat yang selalu kita dengar ‘ susahlah laki ni.. ego tinggi sangat la’... tapi bila ditanya pada insan bernama lelaki tentang makhluk bernama wanita.. jawapan adalah sebaliknya.. ‘susahlah nak jaga perempuan ni... terlalu emosi la”... inilah realitinya.. tapi dalam kita tak sedar.. semua yang kita lalui ini adalah merupakan sifat-sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis makhluk ciptaan-Nya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.

Kedua makhluk ini mempunyai peranan besar sebagai ejen memperbanyakkan bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua makhluk ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat dan tanggungjawab yang berbeza tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan kedua makhluk bernama lelaki dan wanita tadi sebagai pasangan yang hebat dibandingkan dengan semua ciptaan-Nya yang juga berpasang-pasangan.

Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua makhluk lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumah tangga yang diakui-Nya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukminin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua makhluk ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua makhluk ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada’ dan qadar ciptaan Allah.

Lelaki dan Keegoannya

Dalam al Quran Allah berfirman ,
" Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dengan memperlihatkan keegoannya .

Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga seorang wanita selalu terlepas pandang untuk mempelajari sesuatu tentang kelebihan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri, seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami dalam setiap apayang dilakukan selagi ia tidak melebihi batas-batas syariat dan terpesong dari landasannya.


Manakala pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan atau sebagai perisai untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya.

Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya

Wanita dan Emosinya

Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan lahir tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikal dan sifatnya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dipungkiri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.

Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat-sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat-sifat sensitif terhadap orang di sekelilingnya. Sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat-sifat emosionalnya seolah-olah wanita ini selalu berfikiran tidak rasional.

isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang harus diperdebatkan. Kerana apa? Kerana semuanya telah tersurat di sebalik penciptaan kita sebagai makhluk yang bernama manusia. Justeru.. jangan sesekali kita prejudis mahupun berburuk sangka.. sebaliknya.. biarlah kita lebih kepada berhusnul zon.. Prasangka baik kepada Allah adalah segalanya, dapat menjadikan kita tawadhu, sabar, bersyukur, besar hati, tenang, tenteram, aman dan sebagainya. Jika dinyata pasti tidak akan habis dituliskan. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup kepada hamba-Nya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolongan-Nya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasangan .

Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat penciptaan kita oleh Allah SWT ini. kita hanya manusia biasa.. menumpang di buminya.. meminjam jasad dan juga nyawa... menikmati nimat yang sementara... dan moga di akhirnya nanti.. kita akan terus berada di bawah naugan rahmat dan juga kasih-Nya.. serta dipayung dengan panji keredhaan Allah SWT beserta bergerak seiring dengan uamt Muhammad SAW yang terpilih.. amin...

Saturday, October 23, 2010

BAHASA MELAYU BAHASA AGUNG

Dunia Melayu...

kini semakin dihimpit sayu...

takhta agung semakin dirobek..

buaian indah dahulunya tinggi..

kini makin tunduk menyembah bumi..

Dunia Melayu...

bahasamu bahasa agung...

menakluk dunia menawan jiwa..

yunan dan nusantara bermulanya agenda..

sehingga jadi sebutan pedagang benua..

darjatnya diangkat sebagai lingua franca..

wadah utama utusan bicara...

Dunia Melayu...

bahasamu pesat berkembang..

frasa demi frasa perubahan mula menyinggah..

dahulunya kuno lahirnya klasik dan akhirnya moden.

sehingga lahirnya MABIM dan MAPIM...

sebagai pembela penerus warisanmu...

Bangsaku Melayu...

sedarlah dari lamunanmu..

kembalilah bangun menyambung warisanmu..

bangkitlah berjuang demi bahasamu..

kerna bahasamu bahasa ulung...

darjatnya tinggi... martabatnya terpuji..

bangsaku Melayu

sahutlah seruan ini...

mari terapkan di sanubari..

Bahasa Melayu bahasa agung..

warisan kita hingga ke akhirnya

TiNtA hAtIkU!!

hatiku kini semakin tidak keruan.....

pelbagai bisikan dan bunyian mula menyinggah..

suara sumbang manusia mula kedengaran..

kenapa?

kenapa sekarang mereka mula bernanah

kenapa tidak diujarkan terus kepada tuan empunya..

naluriku mula berbicara..

kenapa perlu ku kisah pada semuanya..

kenapa perlu gusar pada nada manusia picisan itu..

kenapa perlu dihidu bau busuknya...

arghhhhhh!!!!!!!

persetankan segalanya..

mereka bukan sesiapa..

bukan sesiapa bagiku..

mereka cuma lambakan manusia berjiwa kutu..

diam bersembunyi..

namun busuk dihati...

akalku mula berbicara...

manusia memang begitu..

sukar menerima diri yang lain..

suka menginjak-injak sesuatu yang baginya jelek..

sedangkan dia tidak sedar siapa dirinya..

lebih teruk dari batu di tengah jalan..

menganggu laluan para pejalan..

biarlah wahai jiwa..

wahai hati..

wahai akal,...

wahai minda..

biarkan semuanya berlalu..

jangan difikir lagi semua ini..

biarlah masa dan waktu membawanya pergi..

biarlah ia terbang ditiup bayu..

biarlah ia karam bersama perahu..

dirimu tidak rugi walau setitik zarah sekalipun..

malah dirimu untung mengalahkan intan berlian..

semuanya resam dunia..

mengajar hidup lebih berharga

Wednesday, October 13, 2010

CINTA?

Apa itu CINTA?. Mengapa perlu CINTA?. Mengapa harus BERCINTA?. Kalau tak ada CINTA tak boleh ke?. Apa ada pada CINTA?. Mana datangnya perkataan CINTA?. Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA?. Macam mana rasa bila DICINTA?. Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA?. CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA. Sana BERCINTA, sini BERCINTA. Tapi tahukah apa itu CINTA??.... Apa pun tak tahu, bila ditanya kenapa BERCINTA, jawapannya mudah saja... Tengok orang lain BERCINTA, macam best je.. Tapi tahukan apa itu erti CINTA?..Assalamualaikum w.b.t..Akhirnya blog kamezaim.blogspot.com telahpun berjaya ditukarkan kulitnya. Walaupun masih belum sepenuh siap namun kira oklah tu.. hehe Kamezaim harap anda semua sihat di sana, sentiasa tenang dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang mahupun berseorangan diri.. hehe Yang penting hidup ni mesti diteruskan jua..Eh.. Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA??.. Korang tahu ke kenapa? Kamezaim pun tak tahu kenapa, mana datang plak perkataan CINTA banyak-banyak tu?? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe Kamezaim bukan apa, kamezaim cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA. Setiap orang dia ada pandangan dan pemikirannya sendiri. Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dari darjah satu lagi kita dah tahu apa itu CINTA. Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA. Ye, CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana? Mungkin ada yang akan menjawab, perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA lerr.. Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA.Menurut sudut fikiran kamezaim, CINTA ini ada banyak jenis. Diantara-diantaranya adalah :-
· Cinta pada duit - Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit. Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit. Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal. Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
· Cinta pada nafsu - Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu. Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba..hehe Lepas tu tunggu apa lagi, mustahil berhenti di situ saja.. hehe Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
· Cinta terpaksa - Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta. Padahal nak jaga hati mak bapak. Depan mak dengan ayah bukan main sayang-menyayang, bermanja-manja konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang mak dengan ayah, hang buat keje hang, aku buat keje aku. Hang keluar dengan jantan lain, aku pun nak keluar dengan betina lain.. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
· Cinta sejati - ...........????????????
Cinta sejati, pada pandangan kamezaim cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati. Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak selamanya kan kekal. Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi..Cinta sejati lahir dari 4 jenis cinta :-
· Cinta kepada Allah.
· Cinta kepada Ibu dan ayah.
· Cinta kepada diri sendiri.
· Cinta kepada sesama saudara.
InsyaAllah, jika ada 4 jenis cinta itu maka lahirlah cinta sejati yang kita cari selama ini..Itu pandangan dan pendapat dari saya.. tapi tak tahulah bagaimana pula pandangan dan pendapat dari anda. Kalau ada yang sudi berkongsi, silakanlah..

Monday, October 11, 2010

INDAHNYA BERSAHABAT

Sahabat adalah tempat di mana kita suka mencurahkan isi hati

kita selalu berbagi suka maupun duka .

..dengan adanya sahabat kita selalu berkongsi...

selalu cerita masalah kita ...tentang kita ,,,

keadaan kita dan isi hati kita...

apapun yg di rahasiakan selalu terungkap untuk sahabat

sebesar manakah pengaruh sahabat?...

ternyata seorang sahabat sangat berpengaruh buat kita

dikala sedih kita mampu tersenyum...

begitupun di kala gembira kita mampu utk menangis bila tahu dia lagi sedih!

begitu indahnya persahabatan ...

kita punya masalah akan merasa lega jika kita cerita pada sahabat

begitu juga kita akan merasa senang jika sahabat kita selalu cerita masalahnya

tapi,

jika kita terputus hubungan,

maka kerinduan kita akan muncul

bahkan kita mampu mengeluarkan air mata kerinduan...

kita tidak bisa menahan air mata yang keluar ...

kita selalu teringat dengan celotehnya ..

dengan ketawanya ..

dengan tangisannya dan dengan hilainya...

hal itulah yang mampu membuatkan kita menangis dan membangkitkan rasa rindu

yang biasanya kita selalu berbicara ...

yang biasanya kita selalu di bangunkan...

yang biasa kita selalu di suruh makan,

di suruh tidur.....

di suruh bangun subuh..

maka ketika kita terputus...

kita tak dengar lagi semua itu.

kita tak denger dia marah ..

kita tak dengar dia ketawa ..

dan kita tak dengar dia menangis...

bahkan kehidupan kitapun bisa berubah...

kita selalu lalai dalam segala haltidur juga tak menentu,,

bangun juga lewat,,

bahkan makan pun bisa tercekik ...

semua ini kerana hilangannya sahabat!

memang jika kita lihat ini satu pergantungan diri pada sahabat...

tapi begitulah keistimewaan seorang sahabat..

yang mampu merubah hidup kita menjadi terkawal...

begitulah yang pernah aku alami...

walaupun aku tidak pernah ketemu dengan sahabatku itu...

tapi,aku merasa dekat sekali...

aku akan selalu merindukannya...a

ku tidak akan melupakan semua kebaikannya

seumur hidupku aku tidak akan lupa...

tak pernah berhenti merindukannya seluruh jiwa ragaku...

walau sampai ajalpun tibabahkan sampai hidup lagi....

kerinduan ku tak akan habis..kerinduan akan tetap di sini..

salam....................
sudah agak lama aku x update blog aku ni...
sejak lappy aku hilang (kena curi).. terus aq xde mood nk menulis...
rsa sedeyh n rndew pda lappy aq ttp ade sampai skrg..
aq xdpat nak buat apa2 lagi.. cuma aq harap org yg amik lappy aq tue insaf la...
aq doa moga dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar...

pape pon.. aq ttp akan cba bt lagi... aq nk kumpulkan smula semangat2 aq yg telah pergi..
perjuangan perlu diteruskan...

tunggu my new post....

Saturday, August 7, 2010

UJIAN ADALAH ANUGERAH







UJIAN ADALAH ANUGERAH

Hidupku kini penuh dengan persoalan yang begitu payah untuk diterangkan.. sehingga kadang-kadang aku rasakan seperti dunia telah sampai ke penghujungnya. Tetapi bila difikirkan kembali, aku hanyalah manusia biasa. Setiap seorang daripada makhluk yang bernama menusia pasti akan diuji dengan ujian daripada Yang Maha Pencipta.

Setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Adakalanya kita sedar akan hikmahnya. Tak kurang juga kita tidak sedar apa natijahnya. Allah swt telah menyediakan kita dengan pelbagai pilihan. Semuanya terpulang kepada kita sama ada kita ingin memilih jalan ke kanan ataupun jalan ke kiri. Namun kita perlu ingat bahawa setiap suatu langkah yang kita ambil akan tetap dihitung dan dicatat oleh dua pengawal yang sedia bersama sejak azali hinggalah akhirnya. Siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah Rakib wa Atib..... penjaga setia dengan lembaran amalan manusia.


Ramai daripada kita yang merasakan bahawa ujian ini terlalu menyeksakan sehingga mereka mula menyesong kepada sesuatu yang menyenangkan. Tapi sesungguhnya Allah swt tidak akan sesekali meyeksa hamba-hamba-Nya. Allah swt tahu segalanya tentang diri kita. Allah swt itu Maha Mengetahui setiap isi alam, tujuhh petala bumi dan tujuh petala langit, semuanya dalam perhattian Allah.. kerana Dia Tuhan Pemerintah sekalian alam dan juga isinya.

Allah swt Maha Adil.... sebab itu diuji kita dengan pelbagai ujian. Adakalanya ujian itu kecil sahaja tapi adakalanya Dia datangkan kepada kita ujian yang besar. Semua ini bukan suatu penyeksaan sebaliknya ia adalah suatu hadiah buat kita. Supaya kita dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan diri kita. InsyaAllah... jika kita mampu untuk menghadapinya dengan tenang dan redha, tahap keimanan dan ketaqwaan kita akan semakin meningkat. Memang pada zahirnya kita tidak sedar.. tetapi percayalah.. jika ia berlaku, kita akan rasa tenang dan aman secara batiniah.. bukan kerana apa.. kerana ia merupakan tonik batin yang sangat mujarab..

Seberat manapun ujian yang kita tempuhi hari ini hanyalah sebahagian sahaja daripada ujian yang menimpa para Rasul wa Ambia’ dan para sahabat mujjadin dan mukminin yang terdahulu.. jika kita selak kembali lembaran sirah yang berlaku suatu ketika dahulu, mungkin kita akan sedar betapa dahsyatnya ujian yang menimpa mereka.

Sedarlah wahai sahabatku... wahai temanku.. wahai kawanku.. wahai rakanku.. wahai saudaraku... sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Janganlah disesali dan mengeluh bila dirimu diuji.. kerana itu tnadanya dirimu masih disayangi oleh Yang Maha Mengasihani. Janganlah kita memesongkan hati-hati kita kepada sesuatu yang dimurkai olehNya. Berdoalah kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, semoga kita ditunjukkan dan ditetapkan pada Siratul Mustaqim...

Kerana kita ini hanyalah manusia yang biasa. Tiada yang sempurna.. kita hidup penuh dengan kekhilafan dan kelalaian.. sebab itulah diturunkan kepada Rasulullah SAW surah Al-Ashr (surah-103).

[1] Demi Masa!


[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Justeru... marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajad kepada Allah swt dengan penuh khusyuk, rendah diri dan tawadduk memohon limpah dan rahmatnya keatas kita. Berdoalah semoga di akhir nanti kita akan berada dalam golongan orang-orang yang soleh dan para mujahiddin.. semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah Tuhan Sekalian Alam, dinaungi tahtah Arasy’.. dibelai dengan cahaya islam.. dan dipancarkan dengan nur iman... moga kita berada dibawah panji nikmat iman dan islam dan moga mendapat syafaat dari Rasul Yang Agung, Rasulullah saw...


Sekian... moga jadi renungan bersama.. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...