Tuesday, January 31, 2012

Biarlah ku tanggung kesakitan ini sendiri


Teringat aku pada seorang teman yang sangat dekat dengan jiwaku. Orangnya tidaklah handsome tapi punya perwatakan yang senang didekati. Tingginya hanya 168cm. tubuh yang agak berisi dan kulitnya hitam manis. Dia memang seorang yang suka ketawa dan senyum. Cukup ceria jika betul-betul mengenalinya. Tapi bagi orang yang tidak kenal dengan teman ini, pasti anggap dia ni sombong dan pendiam. Tapi sebenarnya tidak. Teman ini ceria orangnya dan sangat suka bercakap. Maklumlah pernah memegang title “ pembahas terbaik”. Tapi itu semuanya cerita lama. Sekarang tidak lagi.

Bukan peribadinya yang aku nak kisahkan. Tetapi aku nak berkongsi perasaan sayu dan sendu bila mengetahui bahawa temanku ini punya rahsia yang cukup disimpan rapi hingga kini. Tiada siapa pun yang tahu. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu tentang hal ini.

Dulu teman ini suka bergurau “ weyh!! nanti kalau aku dah taka de, jangan sedih-sedih k. tapi aku tahu korg takkan sedih. Tapi korang suka kan kalau aku dah takde”

Tapi sedar tak sedar dalam gurauan tue sebenarnya memang tersirat satu rahsia. Tapi kawan2 teman ni tak pernah amik kisah tentang apa yang dicakapkan oleh teman ni.

Akhirnya tanpa sedar daripada gurauan.. ia sebenarnya kenyataan. Teman ini sememangnya menanggung satu kesakitan yang tak pernah dibayangkan. Dia pernah tersungkur pengsan beberapa kali. Pernah admit dalam wad lebih dari 5 kali. Tapi teman ni tak pernah bagitahu pada kawan-kawan dia. Dia cakap “ biarlah aku tanggung kesakitan ni. Tak perlu lah nak susahkan sape2”,

Teman ni selalu sakit kepala.. kadangnya muntah2 dan badan lemah. Tapi dia tak pernah bagitahu sape2. Dia cuba simpan seorang diri. Biarlah teman ini tanggung sendiri ujian yang besar ini. Teman ni pernah cerita, yang dia sangat berharap kalau sudah sampai masanya dia pergi.. dia tak nak tengok sape-sape pun meratapi pemergiannya.

Orang tak pernah sedar.. malam2 dia bangun untuk makan ubat.. dia curi-curi telan ubat yang jadi bekalan. Kadang-kadang dia menangis sendiri mengenang nasib diri. Tpai orang tak pernah sedar. Mungkin sebab dia sentiasa ceria.

Tapi.. sejak akhir-akhir ni, perasaan teman ni mula lain… dia hanya mampu berdoa semoga penyakitnya disembuhkan dan umurnya dipanjangkan. Tapi jika sudah sampai masanya untuk dia pergi.. teman ini sudah sedia dan redha……

P/S: YA ALLAH.. KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT INSAN INI. SEMOGA DIA DAPAT TERUS HIDUP SEBAGAI HAMBAMU DI MUKA BUMI INI. SESUNGGUHNYA DIA REDHA DENGAN UJIAN-MU INI..

Tuesday, January 24, 2012

Comelnya bila Kucing berFeeling

Entah kenapa sejak semalam aku rasa tertarik dengan gambar-gambar kucing. Ramai juga yang Tanya kenapa aku upload banyak sangat gambar kucing kat Fb. Aku sendiri pn tak pasti.

Sememangnya kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling digemari dan disayangi oleh kebanyakan orang.. mungkin ada antara kita yang tak sedar, kucing sebenarnya punya perasaan yang seakan akan manusia.

Perasaan itu cuba dizahirkan dengan ekspresi wajah dan tindakan. Berikut beberapa contoh gelagat si Miaw yang mengundang perasaan sayang…….


sampai hati awk buat saya macam ni.. saya tak nak tegur awak lagi.. hu3



awak jangan la merajuk macam ni... saya sentiasa ada untuk awk...



mana awak menghilang ni.. saya rindu awak sangat2..



awak....... saya mintak maaf sangat2..



awak.. keluar la... tolong maafkan saya...







xper la kalau awak dah tak sudi.. saya cri yang lain la..




kita berkenalan dalam laman muka buku. kau hantar pesanan suruh aku terima kamu..



hahahahaha... aku gembira

Monday, January 23, 2012

kau SAYANG atau CINTA?


SAYANG dan CINTA merupakan dua kalimah yang seakan sama namun maksudnya berbeza. Namun kebanyakan daripada kita silap dalam memahami kalimah ini. Kedua-duanya melambangkan perasaan yang lahir dari hati tapi apreasiasinya diluahkan dalam situasi yang berbeza.

Hanya dengan ayat “ I Love You” sudah cukup membuatkan orang keliru. Adakah mereka dicintai oleh sang penyebutnya atau mereka sekadar disayangi oleh sang penyebutnya.

Perasaan sayang sebenarnya lebih terarah kepada perasaan kasih dan menghargai seseorang itu. Kehadirannya membuatkan kita bahagia dan selesa. Kehilangannya membuatkan kita tercari-cari dan kalanya rasa rindu mula terbit. Perasaan ini merupakan satu perasaan yangg cukup penting dalam membina sebuah hubungan. Tidak kira persahabatan ataupun percintaan. Ia merupakan asas dalam sebuah ukhwah.

Perasaan cinta pula akan lahir dengan sendirinya apabila sayang itu sedia mekar dalam hati seseorang. Tetapi ia tumbuh dalam keadaan yang cukup berbeza. Perasaan cinta ini akan dengan sendirinya terbit tanpa dipaksa. Ia seolah-olah memilih dalam kalangan orang yang kita sayangi itu untuk dikatakan cinta.

Apabila perasaan cinta itu sudah mekar, beruntunglah pada yang menerimanya. Kerana cinta hanya untuk seorang insan dan tidak bisa dikongsi bersama yang lain. Tapi sayang akan dikongsi bersama ribuan yang lain.

Jika kau pernah merasai apa itu cinta, kau akan menghargai seadanya. Kerana ia bukan mudah untuk didampingi. Hanya pada ketika dan insane yang benar-benar bersedia mampu merasainya.

SAYANG itu perasaan yang cukup indah. Meyayangi dan disayangi oleh orang-orang yang dikasihi. Ia dikongsi ribuan hati. Tapi jangan sesekali dilukai perasaan ini.

CINTA bukan untuk dikongsi atau dijaja pada ramai insan…. Tetapi cinta itu hak milik yang hakiki dan hanya satu nyawa berhak keatasnya..

Hargailah setiap saat bersama dan perasaan yang hadir dalam dirimu.. kerna ia anugerah dari Pencipta kepada kita…..

Saturday, January 21, 2012

BIARLAH AKU PERGI (1)


Angin malam terasa begitu mendamaikan jiwa. Tiupan sang bayu seolah mengulit jiwa membawa ke dimensi lain. Deruan ombak membadai pantai seolah-olah mengalunkan muzik asyik mendamaikan kalbu. Insyirah masih termenung sendiri di gigi jendela. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia asyik memikirkan tentang seseorang yang penah hadir dan memberi sinar dalam hidupnya.

Insyirah masih ingat, semuanya bermula kira-kira 8 tahun yang lalu. Sebuah perkenalan yang tidak dirancang akhirnya menjadi titik yang menemukan dua insan. Bermula sebuah perkenalan biasa akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta yang mula berbunga. Insyirah mahupun Aiman sama-sama tidak menyangka bahawa pertemuaan yang ringkas dan tanpa direncana itu akan merubah pendirian yang dipegang selama ini. Zarith lah yang menjadi jambatan hubungan ini.

CINTA yang hakiki hanyalah pada Yang Maha Esa. Tiada satu pun jasad mahupun roh yang mampu menandingi perasaan kasih dan cinta pada Rabbul Jalil. Kerana itu Insyirah seboleh mungkin menolak kehadiran mana-mana insan untuk mengisi ruang hatinya.

Benarlah kata manusia. Cinta itu buta. Tidak mengenal siapa hatta masa. Naluri indah hadir tatkala berusia yang cukup muda. 16 tahun. Bukan setakat muda malahan tersangatlah hijau. Teringat lagi dia pada kata-kata ibu saudaranya satu ketika dulu. “mak su tak tahu lah dengan budak-budak sekarang ni. Muda-muda lagi dah mula bercinta. Orang cakap hijau lagi. Tapi gaya mengalahkan orang dah kahwin”.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat camar putih sesuci salju bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersama?

Aku pernah.

Pernahkah kau berlari di gigi air sambil mendengar pukulan ombak membadai pantai, lalu kau mengukir senyum dan membayangkan betapa indahnya jika ombak itu adalah cinta yang selalu mengusik jiwamu?

Aku pernah.

Pernahkah kau terasa damai dengan kicauan sang unggas menyanyi lagu tenang dialun siulan burung indah, bermelodikan gesekan udara di danau kasih hingga membuatkan kau tenggelam dalam keasyikan?

Aku pernah.

Pernahkah kau mengenal apa itu kasih dan cinta dan merasakan ianya luhur dan ikhlas dari hati sehingga kau terlupa erti sebuah kehilangan.

Aku pernah.

Pernahkah kau berasa bahagia tatkala segala yang kau inginkan segera dipenuhi tanpa sedikit pun persoalan dan tanda tanya?

Aku pernah.

Aku pernah mengalami semuanya tanpa sedikit persoalan mahupun kemusykilan yang timbul. Namun semuanya lenyap hanya dalam masa yang singkat. Sekelip mata ia terus tenggelam kerana satu noda yang diconteng insan yang dianggap tinggi darjatnya hingga suara kerdil lain tidak diendah malah dibuang jauh tanpa kedengaran.

Hidupku yang dulunya jernih kini mula keruh dengan noda dosa yang sengaja dicipta bagi mematikan segala impianku yang dulunya memuncak tinggi hingga kurasakan mula mengatasi menara berkembar petronas dan ianya kini telah runtuh rebah menyembah bumi tanpa meninggalkan kesan yang diimpi.

Aku sudah penat. Tak mampu lagi untuk aku terus biarkan air mataku terus mencurah percuma. Biarlah hingga titisan darah yang merembes ke pipi, ianya tidak memberi kesan kepada sesiapa. Aku hanya bebanan untuk mereka. Perlukah aku terus lemah bermandikan air mata yang sudah mulai kering isinya.

Tidak!! Aku mesti hentikan segalanya. Air jenihku ini tinggi nilainya. Mungkin pada mereka ia hanyalah satu drama yang dicipta, tapi aku bukan aktres yang hebat hanya dengan tangisan. Aku pelakon yang tabah mengejar segala cita dan bukan sekadar boneka tangisan percuma.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kakinya terasa gagah untuk terus melangkah ke depan bagi membina semula segala impian yang pernah ranap menyembah bumi. Dia tekad untuk merubah segalanya. Biarlah dia terus menghadapi hidup ini sendiri. Sudah tiada maknya untuk terus memikirkan sesiapa yang hanya hadir bila dia tersenyum tapi menghilang bila dirinya rebah.

Kelas Farmakologi yang berlangsung diikuti dengan penuh focus dan khusyuk. Barisan hadapan depan kuliah sudah sebati dengan penuntut tahun ketiga Ijazah Farmasi yang bernama Insyirah. Seboleh mungkin dia cuba untuk berada di barisan hadapan setiap kali kuliah bermula. Lebih focus dan mudah faham katanya.

Usai sahaja kuliah jam 5, kakinya terus melangkah menuju ke bangunan yang terletak di tengah-tengah kampus. Bangunan yang agak besar yang sering menjadi tumpuan para penuntut di kampus ini. Tanpa membazirkan masa yang berbaki, Insyirah terus menuju ke sudut rujukan untuk mencari sedikit maklumat berkenaan tugasan yang baru diterima daripada pensyarahnya. Mr Asif, seorang pensyarah yang cukup tegas dalam setiap tugasan yang diberikan. Sebab itu Insyirah seboleh mungkin ingin mempersembahkan hasil yang terbaik.

Tanpa sedar, ada seseorang yang sedang asyik memerhatikan gelagat gadis itu. Pandangannya seolah-olah terkunci pada susuk tubuh itu. Tidak berkelip matanya. Kadang keluar juga ketawa kecil dari mulutnya melihat teletah gadis dihadapannya yang seolah0olah keliru sambil mengaru kepala di hadapan rak buku. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan gadis ini. Selalu juga mereka terserempak di perpustakaan. Namun dia tidak pernah melihat wajah gadis ini dalam jarak yang dekat.

Thursday, January 19, 2012

NAMA PELIK TAPI BENAR

Assalamualaikum….

Dah agak lama aku tak update entry dalam blog aku… sekarang agak busy coz banyak patient cases yang perlu study… entry kali ni.. aku nak kongsi beberapa nama yang membuatkan aku dan staf2 di Hospital Serian Sarawak tergelak masa filling n dispending ubat pada patients..

Memang sebelum ni aku pernah dengar yang orang2 di pedalaman biasanya nama mereka ni pelik-pelik sikit.. tapi,, sejak aku kerja dekat sini, memang betol.. nama-nama mereka ada yang pelik tpai ada juga yang unik…

Kat bawah ni contoh nama-nama yang aku still ingat smpai hari ni…

1) MANIS AK GELANG

2) SETAN AK BENAR

3) DIAMOND AK JUNTAI

4) LEMON AK ICE

5) SENGEH AK SUNGKAI

6) SUNGAI AK LAUT

7) DUET AK LAGU

8) SENYUM AK DUAI

9) DAGU AK PEGUN

10) UMOR AK LEPAT

11) GIGI AK DAGU

12) LEMAU AK TAGOI

13) SINKI AK TAGIH

Nama-nama kat atas ni hanya sebahagian nama yang aku jumpa selama ni.. tetapi cukup untuk buat aku ingat…

Bagi korang macam mana dengan nama-nama kat atas ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...