Saturday, January 21, 2012

BIARLAH AKU PERGI (1)


Angin malam terasa begitu mendamaikan jiwa. Tiupan sang bayu seolah mengulit jiwa membawa ke dimensi lain. Deruan ombak membadai pantai seolah-olah mengalunkan muzik asyik mendamaikan kalbu. Insyirah masih termenung sendiri di gigi jendela. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia asyik memikirkan tentang seseorang yang penah hadir dan memberi sinar dalam hidupnya.

Insyirah masih ingat, semuanya bermula kira-kira 8 tahun yang lalu. Sebuah perkenalan yang tidak dirancang akhirnya menjadi titik yang menemukan dua insan. Bermula sebuah perkenalan biasa akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta yang mula berbunga. Insyirah mahupun Aiman sama-sama tidak menyangka bahawa pertemuaan yang ringkas dan tanpa direncana itu akan merubah pendirian yang dipegang selama ini. Zarith lah yang menjadi jambatan hubungan ini.

CINTA yang hakiki hanyalah pada Yang Maha Esa. Tiada satu pun jasad mahupun roh yang mampu menandingi perasaan kasih dan cinta pada Rabbul Jalil. Kerana itu Insyirah seboleh mungkin menolak kehadiran mana-mana insan untuk mengisi ruang hatinya.

Benarlah kata manusia. Cinta itu buta. Tidak mengenal siapa hatta masa. Naluri indah hadir tatkala berusia yang cukup muda. 16 tahun. Bukan setakat muda malahan tersangatlah hijau. Teringat lagi dia pada kata-kata ibu saudaranya satu ketika dulu. “mak su tak tahu lah dengan budak-budak sekarang ni. Muda-muda lagi dah mula bercinta. Orang cakap hijau lagi. Tapi gaya mengalahkan orang dah kahwin”.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat camar putih sesuci salju bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersama?

Aku pernah.

Pernahkah kau berlari di gigi air sambil mendengar pukulan ombak membadai pantai, lalu kau mengukir senyum dan membayangkan betapa indahnya jika ombak itu adalah cinta yang selalu mengusik jiwamu?

Aku pernah.

Pernahkah kau terasa damai dengan kicauan sang unggas menyanyi lagu tenang dialun siulan burung indah, bermelodikan gesekan udara di danau kasih hingga membuatkan kau tenggelam dalam keasyikan?

Aku pernah.

Pernahkah kau mengenal apa itu kasih dan cinta dan merasakan ianya luhur dan ikhlas dari hati sehingga kau terlupa erti sebuah kehilangan.

Aku pernah.

Pernahkah kau berasa bahagia tatkala segala yang kau inginkan segera dipenuhi tanpa sedikit pun persoalan dan tanda tanya?

Aku pernah.

Aku pernah mengalami semuanya tanpa sedikit persoalan mahupun kemusykilan yang timbul. Namun semuanya lenyap hanya dalam masa yang singkat. Sekelip mata ia terus tenggelam kerana satu noda yang diconteng insan yang dianggap tinggi darjatnya hingga suara kerdil lain tidak diendah malah dibuang jauh tanpa kedengaran.

Hidupku yang dulunya jernih kini mula keruh dengan noda dosa yang sengaja dicipta bagi mematikan segala impianku yang dulunya memuncak tinggi hingga kurasakan mula mengatasi menara berkembar petronas dan ianya kini telah runtuh rebah menyembah bumi tanpa meninggalkan kesan yang diimpi.

Aku sudah penat. Tak mampu lagi untuk aku terus biarkan air mataku terus mencurah percuma. Biarlah hingga titisan darah yang merembes ke pipi, ianya tidak memberi kesan kepada sesiapa. Aku hanya bebanan untuk mereka. Perlukah aku terus lemah bermandikan air mata yang sudah mulai kering isinya.

Tidak!! Aku mesti hentikan segalanya. Air jenihku ini tinggi nilainya. Mungkin pada mereka ia hanyalah satu drama yang dicipta, tapi aku bukan aktres yang hebat hanya dengan tangisan. Aku pelakon yang tabah mengejar segala cita dan bukan sekadar boneka tangisan percuma.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kakinya terasa gagah untuk terus melangkah ke depan bagi membina semula segala impian yang pernah ranap menyembah bumi. Dia tekad untuk merubah segalanya. Biarlah dia terus menghadapi hidup ini sendiri. Sudah tiada maknya untuk terus memikirkan sesiapa yang hanya hadir bila dia tersenyum tapi menghilang bila dirinya rebah.

Kelas Farmakologi yang berlangsung diikuti dengan penuh focus dan khusyuk. Barisan hadapan depan kuliah sudah sebati dengan penuntut tahun ketiga Ijazah Farmasi yang bernama Insyirah. Seboleh mungkin dia cuba untuk berada di barisan hadapan setiap kali kuliah bermula. Lebih focus dan mudah faham katanya.

Usai sahaja kuliah jam 5, kakinya terus melangkah menuju ke bangunan yang terletak di tengah-tengah kampus. Bangunan yang agak besar yang sering menjadi tumpuan para penuntut di kampus ini. Tanpa membazirkan masa yang berbaki, Insyirah terus menuju ke sudut rujukan untuk mencari sedikit maklumat berkenaan tugasan yang baru diterima daripada pensyarahnya. Mr Asif, seorang pensyarah yang cukup tegas dalam setiap tugasan yang diberikan. Sebab itu Insyirah seboleh mungkin ingin mempersembahkan hasil yang terbaik.

Tanpa sedar, ada seseorang yang sedang asyik memerhatikan gelagat gadis itu. Pandangannya seolah-olah terkunci pada susuk tubuh itu. Tidak berkelip matanya. Kadang keluar juga ketawa kecil dari mulutnya melihat teletah gadis dihadapannya yang seolah0olah keliru sambil mengaru kepala di hadapan rak buku. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan gadis ini. Selalu juga mereka terserempak di perpustakaan. Namun dia tidak pernah melihat wajah gadis ini dalam jarak yang dekat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...