Monday, January 23, 2012

kau SAYANG atau CINTA?


SAYANG dan CINTA merupakan dua kalimah yang seakan sama namun maksudnya berbeza. Namun kebanyakan daripada kita silap dalam memahami kalimah ini. Kedua-duanya melambangkan perasaan yang lahir dari hati tapi apreasiasinya diluahkan dalam situasi yang berbeza.

Hanya dengan ayat “ I Love You” sudah cukup membuatkan orang keliru. Adakah mereka dicintai oleh sang penyebutnya atau mereka sekadar disayangi oleh sang penyebutnya.

Perasaan sayang sebenarnya lebih terarah kepada perasaan kasih dan menghargai seseorang itu. Kehadirannya membuatkan kita bahagia dan selesa. Kehilangannya membuatkan kita tercari-cari dan kalanya rasa rindu mula terbit. Perasaan ini merupakan satu perasaan yangg cukup penting dalam membina sebuah hubungan. Tidak kira persahabatan ataupun percintaan. Ia merupakan asas dalam sebuah ukhwah.

Perasaan cinta pula akan lahir dengan sendirinya apabila sayang itu sedia mekar dalam hati seseorang. Tetapi ia tumbuh dalam keadaan yang cukup berbeza. Perasaan cinta ini akan dengan sendirinya terbit tanpa dipaksa. Ia seolah-olah memilih dalam kalangan orang yang kita sayangi itu untuk dikatakan cinta.

Apabila perasaan cinta itu sudah mekar, beruntunglah pada yang menerimanya. Kerana cinta hanya untuk seorang insan dan tidak bisa dikongsi bersama yang lain. Tapi sayang akan dikongsi bersama ribuan yang lain.

Jika kau pernah merasai apa itu cinta, kau akan menghargai seadanya. Kerana ia bukan mudah untuk didampingi. Hanya pada ketika dan insane yang benar-benar bersedia mampu merasainya.

SAYANG itu perasaan yang cukup indah. Meyayangi dan disayangi oleh orang-orang yang dikasihi. Ia dikongsi ribuan hati. Tapi jangan sesekali dilukai perasaan ini.

CINTA bukan untuk dikongsi atau dijaja pada ramai insan…. Tetapi cinta itu hak milik yang hakiki dan hanya satu nyawa berhak keatasnya..

Hargailah setiap saat bersama dan perasaan yang hadir dalam dirimu.. kerna ia anugerah dari Pencipta kepada kita…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...