Sunday, December 12, 2010

TIPS KEBAHAGIAAN SEBUAH PERHUBUNGAN

Setiap daripada kita menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan gembira.. tapi kali ini.. Saya ingin berkongsi sedikit perkongsian mengenai RAHSIA KEBAHAGIAAN DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN.. Walaupun saya belum mendirikan rumah tangga.. tetapi tips ini merupakan hasil daripada bahan bacaan serta sumber-sumber ilmu untuk dikongsi bersama....

Bagi yang ingin membina rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan Allah SWT.. renungkanlah beberapa tips serta rahsia ini...

1) Letakkanlah tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah swt. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam diri setiap manusia yang normal.

2) Sedari bahawa perkahwinan kita adalah suatu ketetapan daripada Allah swt. Tanpa restu serta izinNya, perkahwinan kita tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang dilakukan kearahnya. Begitu juga dengan usia perkahwinan serta tempoh kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu.

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan baik oleh sang suami mahupun sang isteri. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub di dalam al-Quran dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia. Laksanakan segala tanggunngjawab ini bukan sekadar sebagai satu bebanan... tapi laksakan seikhlas hati mengikut kadar serta kemampuan yang telah digariskan.

4) Dalam sebuaah ikatan perkahwinan, letakkanlah darjat Allah swt dan Rasulullah saw pada darjat yang tertinggi menjangkaui segalanya. Fahami kedudukan kita di sisi pasangan masing-masing. Kita perlu sedar bahawa kita bukanlah orang yang pertama di hatinya. Setelah memahami kedudukan yang telah ditetapkan oleh Allah ini, kita haruslah sentiasa tolong diantara satu sama lain serta saling mengingati dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya ia sentiasa berada di garis yang haq dan bukannya batil.

5) Kita dan pasangan kita adalah manusia yang biasa dan daif. dan setiap dari kita tidak akan dapat lari dari sebarang kelemahan mahupun kesilapan. Sekiranya ada diantara kita yang melakukan kesilapan atau kekurangan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah bersikap tolak ansur, memahami dan yang penting saling maaf memaafi sesama kita.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah swt ada mengambarkan sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia bagi menghindarkan diri dari hujan dan panas. Begitulah juga dengan pasangan kita. Kita saling memerlukan dan saling melengkapi.. kerana itu diciptakan manusia berpasang-pasangan.

7) Beradab di pertemuan pertama dengan pasangan. Pertelingkahan antara suami isteri adalah suatu yang normal dan sudah menjadi lumrah dalam sebuah ikatan perkahwinan. sedangkan lidah lagi tergigit, inikah pula suami isteri. Namun, ketika berlaku pertelingkahan janganlah terlalu diperbesarkan. jangan takut untuk menghadapi ujian ini dan dugaan ini. Kerana rumah tangga yang diuji akan lebih kukuh dan ia akan menguatkan sebuah perhubungan itu lebih matang jika kita bijak mengatasinya. Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt agar memudahkan urusan kita dalam melayari bahtera perkahwinan.

8) Seelok-eloknya luangkanlah sedikit ruang dan masa untuk bercerita dan berkongsi apa jua masalah sebelum melelapkan mata. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar jika saling percaya diantara satu sama lain.

Percayalah... setiap badai yang melanda pasti ada hikmahnya. Setiap kali taufan datang menguji, pasti dibawanya sedikit isi... begitu juga dengan ujian dalam sesebuah perhubungan... satiap ujian serta dugaan, pasti menjanjikan makna yang tersendiri.

Semoga sedikit perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit panduan buat semua. Kepada insan yang dah berumah tangga.. Saya doakan moga masjid yang dibina terus kekal utuh selamanya. Kepada mereka yang akan mengikat ikatan batin ini, saya doakan moga kalian beroleh rahmat serta dipanjangkan jodoh hingga akhirnya... dan kepada rakan-rakan yang sedang meniti perhubungna cinta. saya doakan moga hubungan kalian sentiasa gembira dan bahagia. Jalinlah katan kasih pada haknya dan jangan sesekali melakukan sesuatu diluar batas kewarasan manusia dan yang penting ISLAM.

barakallah hufikum.. lillahita'ala... assalamualaikum wbt ..


MUSAFIR DUNIA
12 DEC 2010
1005-1025

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...