Tuesday, July 20, 2010

MANUSIA vs WARNA

MANUSIA vs WARNA

Manusia dan warna memang tidak dapat untuk dipisahkan lagi. Setiap daripada kita mempunyai warna kegemaran masing-masing. Ada yang sukakan warna yang terang, ada juga yang sukakan warna yang lembut dan ada juga yang sekadar sukakan warna asas semata-mata.

Tapi adakah kita sedar bahawa setiap satu warna sebenarnya dapat mempengaruhi persinaliti seseorang. Pada masa yang sama, kita juga dapat mengenali personaliti seseorang itu hanya berdasarkan warna pakaian yang dipakai. Menurut kajian yang telah dibuat hampir 67.8% daripada kita yang tidak sedar akan peranan yang dimainkan oleh pemilihan warna yang melibatkan personaliti diri.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsikan sedikit maklumat yang mungkin berguna buat kita semua mengenai peranan warna dalam memaparkan personaliti seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan terdapat empat warna primer iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa warna yang dilihat begitu serasi dengan jiwa manusia kini.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Jika difikirkan semula, warna apakah yang menjadi pilihan kita? Moga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan dan pengetahuan kepada kita mengenai hubungan diantara personaliti dan warna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...