Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Dikurniakanseorang ayah sepertimu.
Ayah,
Kehidupanku terasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Kami semua mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Kami semua mengenali bahagia
Dengan ilmumu
kami semua mengenali Allah Yang Maha Esa.
Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
musafir dunia asperkids
18/6/2011
Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang dikasihi. Tidak lupa juga buat bonda yang sentiasa di hati ini, terima kasih kerana sudi memelihara dan bersusah payah membesarkan daku serta adik-beradik yang lain sejak kami kecil hinggalah dewasa. Budi kalian berdua tak mungkin daku lupakan sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment