Wednesday, January 19, 2011

MaSaLaH mEnTaL vs sUrViVaL

Masalah mental sering mengganggu anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah:

Tidak Mengetahui

Jika anda berada dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda
cepat risau dan takut. Contohnya seorang pendaki yang sudah berpengalaman sudah tahu
akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Apabila
seseorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu
akan takut apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin bertiup
kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah? Semua yang berlaku
disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk menghadapinya.

Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda berasa seperti sekarang.


Tidak Selesa

Masalah ketidak selesaan semasa mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang
biasa tidur diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan pantas dan
pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia untuk berusaha sendiri
berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau dengan keadaan yang sejuk ataupun
panas, basah, lapar dan pelbagai lagi. Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai
untuk mencari jalan menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan
mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ketidakselesaan ini dan harus ingat bahawa
walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan mendapat pulangan dari segi
pengalaman dan kepuasan


Kelemahan Sendiri

Kelemahan yang terdapat pada diri akan menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk
mencuba seterusnya akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang
mempunyai kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk
mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada keistimewaan anda yang tidak
terdapat pada diri orang lain. Ingat! Bahawa seorang yang pakar gemar untuk menunjukkan
kepakarannya kepada orang lain.


Keadaan Dan Cuaca

Keadaan dan cuaca yang berlainan dari tempat biasa kita boleh menganggu mental anda.
Sekiranya anda sudah biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda
akan terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak terfikirkah anda tentang
orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat selesa dengan keadaan yang amat sejuk
tersebut. Mungkin mereka pula akan terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita.
Sebenarnya apa yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan
kita terhadap keadaan di persekitaran.

Kesunyian

Mmmm... bab kesunyian ni memang sukar untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak
mahu hidup kesunyian, namun ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam
keadaan yang cemas ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun,
jika kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah untuk mencapai dan
membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan jadikan perasaan bersendirian itu
menjadikan kita terlalu kecil dan tidak mampu untuk melakukannya sendiri.

Walau apapun yang mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan
buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut mempengaruhi kekuatan
fizikal anda!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...