Sunday, April 3, 2011

ANDAI WANITA MENGERTI...

Indahnya hidup ni kalau setiap pasangan saling memahami antara satu sama lain... kerana itu tidak kira lelaki atau wanita perlu memahami naluri pasangan masing-masing... banyak sudah yang member komen tentang satu entry oleh seorang wanita yang bertajuk “ andai lelaki tahu”. Tapi.. kali ini saya nak menjawab bagi pihak lelaki pula..

ANDAI WANITA MENGERTI...

lelaki juga punya perasaan sensitif dan mengambil berat.

Lelaki juga punya perasaan untuk dikasihi, untuk bermanja dan diberi perhatian.

Bila lelaki itu berterus terang tentang sesuatu perkara itu bermakna dia cuba bersikap jujur dengan anda dan berharap anda memahaminya.

Andai seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan

budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang

mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh

itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang

dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka

suka melihat wanita, menjeling wanita.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!. jadi jangan terkejut jika lelaki gugup dan diam pada pertemuan itu

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm. .tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Lelaki memang dikurniakan ego yang sangat tinggi. Ia bukan untuk dibangga tapi sebagai sedikit penghormatan baginya

Lelaki juga punya perasaan cemburu bila wanita yang dikasihinya selalu menyebut dan membandingkannya dengan lelaki lain.

Lelaki tidak boleh belajar tentang wanita daripada buku. Sebab itu lelaki kadang keliru dengan jiwa wanita. Kadang perangainya begini dan kalanya begitu.

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.. Jadi berikanlah sedikit masa untuk lelaki mengenali wanita..

Sebenarnya lelaki cukup lemah bila melihat wanita menangis. Inilah lumrahnya. Lelaki akan tersentuh bila wanita yang dikasihinya menitiskan air mata. Kerana itu dikatakan air mata itu senjata wanita untuk mmeruntuhkan emosi lelaki.

Walau seteruk manapun lelaki itu dan walau “Romeo” pun lelaki itu, dia cuma mencintai seorang sahaja. Dan hanya seorang dihatinya. Yang lain hanya kawan tanpa perasaan lain.

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang lain.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

andai wanita juga memahami.. alangkah indahnya dunia suatu perhubungan ini.... tapi semaikanlah jiwa anda dengan kasih yang sejati dan bukan untuk digadai ganti dengan sesuatu yang merugi.. sematkan naluri yang suci moga diberkati Illahi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...