Sunday, June 20, 2010

ANAK SOLEH


Sebagai seorang anak yang baik, sudah pasti berazam untuk menjadi seorang anak yang soleh seperti mana yang sering didoakan oleh kedua ibu bapa sangat kita belum dilahirkan di dunia ini. Terdapat beberapa ciri yang mengambarkan seorang anak yang soleh. Diantaranya ialah:

I. Berbakti kepada ibu bapa.

Sesungguhnya tugas utama sebagai seorang anak adalah untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya. Sesungguhnya adalah wajib bagi seorang anak untuk berbakti kepada orang tuanya walau dalam apa keadaan sekalipun. Disebabkan itu, Islam sangat menitik beratkan tanggungjawab ini bagi seseorang anak.

Terdapat satu kisah yang menarik untuk dikongsi mengenai anak soleh ketika zaman Nabi Musa as.


Kisahnya bermula ketika Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt untuk mengetahui siapakah jirannya di syurga nanti. Lalu Allah swt memberitahu bahawa jiran Nabi Musa as di syurga nanti adalah seorang remaja yang tinggal di hujung sebuah kampung. Nabi Musa as dengan penuh bersemangat menuju ke kampung tersebut. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.

Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Melalui kisah ini, jelas terbukti bahawa walau seburuk atau seteruk manapun ibu bapa, kita tetap juga perlu berbakti kepada mereka kerana sesungguhnya ridhallah bi ridha alwalidaini, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.





II. Mentaati perintah ibu bapa.

Anak beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak mudah ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya. Pendengar yang budiman, kita dapat mengukur kemuliaan peribadi seseorang berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83,
menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya: “Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat”.

Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah. Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun. Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak.


Biarpun ketaatan kepada ibu bapa itu satu perkara wajib dilakukan, namun ia hanya kepada perkara kebaikan. Sekiranya ibu bapa menyuruh melakukan perkara bertentangan dengan norma kemanusiaan dan hukum agama, maka perlulah ia dibantah.


Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Ankabut, ayat 8 bermaksud: “Kami amanatkan kepada manusia agar menyatuni ibu bapanya. Seandainya mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui, jangan ikut kedua-duanya. Hanya kepada Aku engkau kembali dan akan Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan”. Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...