Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine's Day


Sebelum saya mengupas lebih lanjut tajuk entri kali ini. Marilah kita bersama berselawat ke atas Rasulullah saw sebagai tanda menyintai Baginda Rasul. Batapa hakikat selawat ini banyak memberi kebaikan buat kita sebagai umat. Bukan hanya sekadar tanda cintanya kita pada Baginda Rasul. Tetapi lebih dari itu.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah masih lagi kita tidak mencintai kepada Rasulullah S.A.W.? Setelah malaikat malaikat sendiri berjanji sedemikian rupa…

Bulan Februari tahun ini mempunyai 2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.

Bagi umat Islam yang punya kefahaman jelas, mereka tidak sekali-kali menyambut Valentine Day. Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Hari itulah mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.

Memuji Rasulullah SAW dan lain-lain aktiviti. Ia sangat baik dengan memberikan alternatif bagi menentang arus jahiliyyah Valentine Day yang sangat merosakkan itu. Demikian juga, sebuah kerajaan yang bersih dan baik mesti mengambil langkah membendung gejala tidak sihat yang merosakkan anak muda muslim ini.

Maulidur Rasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan.

Maulidur Rasul bukan sekadar kelahiran seorang manusia. Ia bukan sekadar barzanji, baca rawi dan marhaban. Ia bukan sekadar selawat dan tunjukrasa cintakan Nabi. Ia peringatan terhadap kelahiran junjungan besar yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman kepada keadilan, dari sistem jahiliyyah kepada sistem pemerintahan Islam. Apabila kesedaran sampai ke tahap itu, baharulah barzanji, baca rawi, marhaban, berselawat itu benar dengan ertikata sebenar.

Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Kerajaan negeri di bawah PR boleh membantu untuk menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.

HaKiKaT mEnCiNtAi Rasulullah SAW

Hakikat Mencintai Rasulullah

Setiap tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari tersebut yang juga dikenali sebagai maulidul rasul seperti perarakan besar-besaran, upacara marhaban dengan membaca kitab berzanji, mengadakan jamuan-jamuan makan dan ceramah-ceramah agama. Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Saban tahun 12 Rabiul Awal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaah nya menyambut maulidul rasul akan muncul. Pihak yang menentang sambutan maulidul rasul menyatakan ia adalah bidaah kerana ia tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi s.a.w dan sahabatnya serta pada zaman para salafussoleh . Malah imam-imam mazhab yang empat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad r.h juga tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Timbul persoalan adakah mereka semua ini tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Bagi pihak yang menyokong sambutan ini mereka beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan baginda s.a.w. dan mencerminkan kasih sayang kita kepada baginda. Apatah lagi tidak terdapat larangan yang khusus daripada ALLAH serta Rasul-NYA ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun jua kita tidak ingin menyambung polemik ini yang akan sentiasa dibahaskan tanpa penghujungnya. Apa yang ingin kita bahaskan di sini adalah tentang tatacara untuk membuktikan kasih sayang kita serta pengagungan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa golongan yang pertama kali mengadakan upacara sambutan maulidul rasul ini adalah Bani Ubaid al-Qadah dari kelompok Fatimiyyah yang memerintah Mesir bermula dari 362 sehingga 567 Hijrah. Mereka ini berfahaman syiah al-Rafidhah dan juga terpengaruh dengan aliran Qaramithah al-Bathiniyah iaitu kelompok yang terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah.

Kerajaan Fathimiyah ini menganjurkan upacara peringatan maulidul rasul ini bukan atas dasar cinta mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi, tujuan utama mereka adalah berunsur politik yakni untuk mencari pengaruh serta sokongan daripada rakyat demi menutupi kesesatan mereka.

Jika mereka inilah pelopor sambutan maulidul rasul, jadi bagaimanakah caranya para salafussoleh mempamerkan kecintaaan mereka kepada Rasulullah s.a.w? Tentu sekali kita telah fahami bahawa golongan yang paling mencintai Nabi Muhammad s.a.w. adalah para sahabatnya. Malah, generasi terbaik mencontohi baginda s.a.w adalah para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in sebagaimana sabdanya:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Manaqib, hadis no: 3650.

Telah terbukti mereka ini tidak pernah menyambut maulidul rasul. Jadi bagaimanakah pandangan mereka tentang hakikat sebenar mencintai Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, melalui makalah ini penulis akan cuba mengungkap hakikat tersebut.

Kewajipan Mencintai Nabi s.a.w

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting serta mendasar. Seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad s.a.w melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." – Surah al-Taubah (9) : 24.

Firman ALLAH S.W.T:

"Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan bagi orang-orang yang beriman berbanding diri mereka sendiri." – Surah al-Ahzab: 6.

Sabda Rasulllah s.a.w:

أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ
Maksudnya:
"Aku lebih utama bagi setiap mukmin berbanding dirinya sendiri." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jamaah, hadis no: 6.

Sabda Rasulllah s.a.w:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya:
"Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu semua sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Imaan, hadis no: 15.

Masih terdapat banyak lagi dalil sedemikian rupa yang tidak lain menunjukkan kewajipan mencintai baginda s.a.w di mana ia merupakan antara ciri-ciri golongan beriman. Rasulullah s.a.w. berhak meraih cinta tersebut kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi ALLAH, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w merupakan kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan ALLAH yang merupakan sebahagian dari kalimah syahadah.

Hakikat Mencintai Rasulullah

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri-ciri tertentu. Di sini penulis akan menampilkan beberapa tanda-tanda yang menggambarkan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

1. Mentauhidkan ALLAH S.W.T.

Hikmah utama diutusnya para rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman ALLAH S.W.T:

"Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan jauhi Taghut." – Surah al-Nahl: 36.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h berkata:

"Semua para rasul mengajak beribadah kepada ALLAH dan melarang beribadah kepada selain-NYA. Malah, ALLAH sentiasa mengutus para rasul dengan tugas tersebut semenjak terjadinya kesyirikan yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s. Dialah rasul pertama diutus oleh ALLAH kepada penghuni bumi hingga penutup para rasul, iaitu Muhammad s.a.w yang menyampaikan dakwahnya kepada bangsa jin dan manusia di timur dan barat. Keadaan mereka semua ini digambarkan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Dan KAMI tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul melainkan KAMI wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada TUHAN (yang berhak disembah) melainkan AKU. Oleh itu, beribadahlah kamu kepada-KU." – Surah al-Anbiya': 25.

Maksud mentauhidkan ALLAH adalah beribadah hanya kepada ALLAH sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid, iaitu La Ilahaa Illaallah (Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH) dengan memurnikan ibadah hanya kepada-NYA dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi utama Nabi Muhhamad s.a.w terhadap umatnya.

Oleh itu, untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w, kita hendaklah menghindari amalan-amalan syirik seperti menyembah berhala, mengikhlaskan ibadah kita hanya kepada ALLAH, berdoa hanya kepada ALLAH tanpa perantaraan (wasilah) yang tidak di izinkan-NYA seperti bertawassul di kuburan para wali, mentaati hukum-hakam ALLAH serta berlepas diri daripada hukum buatan manusia yang tidak selari dengan syarak, tidak memakai tangkal, tidak bertilik nasib, tidak berjumpa bomoh, mengingkari nama-nama dan sifat-sifat ALLAH dan lain-lain lagi. Mentauhidkan ALLAH merupakan bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

2. Mentaati Sunnah Nabi s.a.w.

Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi s.a.w wajib diikuti dan diteladani.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21

Menurut al-Hafiz Ibn Kathir:

"Ayat ini merupakan dasar utama untuk mencontohi Rasulullah s.a.w baik dalam ucapan, perbuatan mahupun hal ehwal baginda.
Mentaati Rasulullah s.a.w juga adalah bukti yang menunjukkan kita mencintai ALLAH.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutilah aku, pasti ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." – Surah Ali Imran: 31

Mentaati sunnah Nabi juga bermaksud menghindari amalan bidaah. Bidaah seperti yang didefinisikan oleh Imam al-Syathibi r.h ialah:

"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah dan tujuan mengamalnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada ALLAH." - Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Syeikh Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf yang merupakan ringkasan kepada Kitab al-I’tishom karya Imam Abu Ishaq al-Syathibi (edisi terjemahan oleh Farid Qurusy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya (2003), ms. 2.

Berdasarkan definisi ini dapat kita fahami bahawa medan operasi bidaah adalah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama sahaja. Oleh itu apa jua bentuk rekaan terkini di dalam hal kehidupan duniawi maka ia tidak termasuk di dalam ruang lingkup perbahasan bidaah menurut definisi syarak.

Ini kerana, terdapat dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam untuk terlibat di dalam usaha mencipta rekaan-rekaan terkini demi kemajuan umat Islam. Dalam hal ehwal duniawi, manusia memiliki kebebasan untuk melakukan inovasi termoden asalkan ia tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai serta tidak bertentangan dengan syariah.

Sabda Nabi s.a.w:

أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
Maksudnya:
"Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Fadhail, hadis no: 2363.

Sabda Nabi s.a.w:

مَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَأَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ وَمَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ‏
Maksudnya:
"Jika sesuatu urusan termasuk hal ehwal dunia kamu, kamu lebih tahu untuk menguruskannya dan jika sekiranya termasuk urusan agama kamu, kembalikanlah kepada aku." - Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, kitab al-Ahkam, hadis no: 2462.

Bidaah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual-ritual agama baru yang tidak pernah diajar atau diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Seluruh bidaah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan pengamalannya adalah sia-sia kerana ia tidak diterima oleh ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w:


فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Maksudnya:
"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah), setiap perkara yang diada-adakan termasuk kategori bidaah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Jama’ah, hadis no: 867.

Sabda Nabi s.a.w:


مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697


مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718

Oleh itu, memerangi amalan bidaah merupakan satu bukti yang menunjukkan kecintaan kita kepada sunnah Nabi s.a.w. Sebaliknya, mengamalkan amalan bidaah menggambarkan pengkhianatan kita kepada baginda. Imam Malik r.h berkata:

"Sesiapa yang mencipta bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w mengkhianati risalah. Ini kerana, ALLAH telah berfirman:

"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu." – Surah al-Maidah: 3.

Setiap perkara yang ada pada hari tersebut tidak termasuk urusan agama, maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian dari agama pada hari ini." – Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf, ms. 14.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan amalan-amalan bidaah walaupun ia nampak baik dan bertujuan mulia. Ingatlah pesan Abdullah bin Umar r.a:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌ
Maksudnya:
“Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bi’dah tersebut) hasanah (baik).” – Atsar riwayat al-Lalaka-i di dalam Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ibn Nashir di dalam al-Sunnah dan oleh Ibn Battoh di dalam al-Ibanah.

3. Menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi s.a.w bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda. Malah, antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia. Sabda baginda s.a.w:

فَلْيُبْلِغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ
Maksudnya:
"Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada yang tidak hadir." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Haj, hadis no: 1739.

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya:
"Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadis al-Anbiya’, no: 3461.

Keinginan untuk menyebarkan sunnah Nabi s.a.w, menyampaikannya serta mengajarkannya adalah menyambung tugasan baginda. Sekiranya kerja-kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan pasti sunnahnya akan mati dan digantikan dengan amalan-amalan bidaah .

4. Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya selalu mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi menyelamatkan umatnya dari kesesatan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita. Kita juga hendaklah hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah yang banyak tersebar dalam masyarakat.

Penulis juga menganjurkan para ulama mengkaji semula kandungan kitab marhaban atau berzanji yang sering dibacakan ketika majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta riwayat yang daif (lemah) serta tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat. Bagi umat Islam di Malaysia, disaran agar mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA berselawat kepada Nabi. (Oleh itu) wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan." – Surah al-Ahzab: 56

Selawat-selawat yang kita ucapkan mestilah bersumber dari hadis-hadis yang sahih dan bukan selawat-selawat ciptaan manusia. Antara kalimah selawat yang baginda telah ajarkan adalah seperti berikut:

Pertama:

Abdul Rahman bin Abi Lailah r.a berkata:

“Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya daripada Nabi s.a.w? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku. Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahli bait kerana sesungguhnya ALLAH telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kamu semua,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadith al-Anbiya’, hadis no: 3370.

Kedua:

Musa bin Talhah meriwayatkan daripada bapanya (iaitu Talhah bin ‘Ubaidullah) r.a katanya:

“Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 1323 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , kitab al-Sahwa, hadis no: 1273 dan 1274.

Ketiga:

Abu Mas’ud al-Anshari r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w datang kepada kami sedang kami berada dalam majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda: ALLAH telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Abu Mas’ud berkata: Lalu Rasulullah s.a.w diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim mengatasi seluruh alam. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, kitab al-Sahwa, hadis no: 1268 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3144.

Keempat:

Abu Humaid al-Saa’idi r.a berkata:

“Sesungguhnya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana (cara) kami berselawat kepadamu? Jawab baginda: Ucapkanlah,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad, isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Anbiya’, hadis no: 3369 dan kitab al-Da’wat, hadis no: 6360. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim, kitab al-Solah, hadis no: 407.

Selain dari selawat-selawat di atas, terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan boleh kita dapati dari hadis-hadis sahih. Semuanya boleh dimanfaatkan ketika ingin berselawat kepada baginsa s.a.w. Sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar oleh baginda sendiri.

Dewasa ini ramai orang yang tidak mengambil peduli sunnah yang benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w berkaitan tatacara berselawat. Malah, mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya daripada Nabi s.a.w, para sahabat, tabi’in, tabi’ al-Tabi’in mahupun imam-imam mazhab yang empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat berbanding lafaz asal yang datang daripada baginda s.a.w.

Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara total oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi s.a.w sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w adalah makhluk paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi ALLAH. Sewajarnya kita tidak mencontohi ikutan selain baginda s.a.w.

Menurut Syeikh Abu Ubaidah:

"Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi s.a.w merupakan contoh ibadah dan sesuatu bersifat tauqifi. Kita tidak boleh menambah mahupun mengubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syariat (ALLAH) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati." - Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Solat, edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta (2001), ms. 162.

Sememangnya, berselawat kepada baginda disyariatkan dalam pelbagai ibadah seperti tasyahhud dalam solat, khutbah, solat jenazah, sesudah azan, saat berdoa, saat namanya disebut dan pelbagai kesempatan lain.

5. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w.

Antara tanda cinta seseorang kepada Nabi s.a.w adalah mencintai mereka yang dicintai oleh baginda seperti ahli keluarga dan para sahabatnya serta membenci mereka yang memusuhi, membenci serta menentang dakwah baginda.

Sabda Rasulullah s.a.w:
لاَ تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Maksudnya:
"Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2541.

Sabda Nabi s.a.w:

أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي
Maksudnya:
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang hampir sahaja utusan TUHANku (malaikat maut) datang menjemputku lalu aku memenuhinya. Aku akan meninggalkan kepadamu tsaqalain (dua perkara yang berat):
Pertama, Kitabullah yang berisi petunjuk dan cahaya. Berpegang teguhlah kepada Kitabullah. Baginda menganjurkan atas Kitabullah dan motivasi untuk itu,
Kemudian baginda bersabda: Dan juga ahli baitku. Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku, aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2408.

Secara logiknya, sesiapa yang mencintai seseorang dia juga akan mencintai apa yang dicintai oleh orang yang disayangi. Hal ini dikuatkan dengan dalil berikut:

"Sesungguhnya sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan mencintai segala yang disukainya, yang serupa dengannya dan segala yang ada kaitan dengannya." - Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari karya al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani.

6. Membenci Orang Yang Dibenci Oleh Nabi s.a.w.

Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan yang bertentang dengan syarak. Firman Allah S.W.T..

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. – al-Mujadaalah (58) : 22

7. Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik.

Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam ALLAH serta sunnah-sunnah baginda s.a.w sedang hebat diperlekehkan oleh kelompok-kelompok munafik seperti gerakan Islam liberal, golongan anti hadis, para orientalist dan kelompok sesat yang lain.

Oleh itu, antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh ALLAH.

Sabda Nabi s.a.w:


مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
"Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al Jihad wa al-Siyara, hadis no: 1789.

ALLAH akan sentiasa menghargai mereka yang membela agama-NYA dengan memberi pertolongan kepada mereka.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya ALLAH pasti menolong mereka yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." – Surah al-Haj: 40.

Demikianlah beberapa tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Jelas di sini bahawa hakikat mencintai Nabi s.a.w bukanlah satu perkara yang datang hanya setahun sekali, iaitu pada tarikh 12 Rabiul Awal sahaja atau dengan hanya menganjurkan upacara-upacara tertentu sempena maulidur rasul. Malah, mencintai Nabi Muhammad s.a.w adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika.

Jelas juga kepada kita bahawa antara ciri-ciri utama golongan yang benar-benar mencintai baginda adalah mereka yang sentiasa berusaha menegakkan sunnah serta menentang bidaah.

Semoga sambutan maulidur rasul di Malaysia benar-benar akan menggambarkan hakikat sebenar kecintaan umat Islam di negara ini terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan menyisihkan segala amalan-amalan bidaah yang dikhususkan sempena sambutan hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam. Cinta kepada Rasulullah s.a.w dapat dibuktikan dengan ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi s.a.w) dan bukan ibtida’ (mengamalkan amalan bidaah).

Wednesday, February 2, 2011

KaU gAdIsKu

Azriff Mazairi memangku kepalanya. Masih ada banyak masa lagi sebelum pesawatnya akan berlepas. Sebelah kanannya ada dua orang gadis yang rancak berbual. Azriff tidak tahu apa yang harus dilakukan tika itu. Nak membeli surat khabar, terasa malas lantas dia membatukan diri.

“Fern, nanti kau study elok-elok. Kau boleh jumpa aku kat oversea nanti. Aku tempahkan tempat untuk kau kat sana”

“Sure!” jawab seorang gadis berseluar jeans hitam dan berkemeja kotak yang lengannya dilipat kemas.

“Jangan aku jumpa kau berkepit dengan pakwe sudahlah! ” balas gadis seorang lagi.

“You know me Tini. I never fall in love until I meet lelaki yang setia seperti Shah Jehan atau Romeo atau lelaki yang romantik macam…emmm…Aznal Azlan!”

Azriff yang pada mulanya tidak ambil pusing perbualan kedua gadis itu mula memberi sedikit perhatian pada ayat terakhir yang diucapkan oleh gadis berkemeja itu. Ada sesuatu yang menarik pada kata-kata itu untuk difikirkan. Pandangannya mula tertumpu kepada gadis berkemaja itu. Dia mengamati wajah gadis berlesung pipit itu dari jauh. Sekali pandang macam Jennifer Lopez dalam cerita The Wedding Planner. Tapi gadis itu berkulit cerah dan tinggi lampai.

How nice is she! Desis hati lelaki Azriff.

Gambaran wajah gadis itu terbawa-bawa sehinggalah pesawat yang dinaikinya berlepas. Macam pernah nampak. Dua butir tahi lalat yang berada selari atas dan bawah bibir sebelah kanana gadis itu macam pernah dijamah oleh sepasang matanya. Jarang ada orang yang memiliki tahi lalat seperti itu. Azriff memaksa fikirannya melayani detik-detik di mana wajah itu pernah hadir dalam hidupnya. Rasa-rasanya di Kg. Setulang yang pernah ditinggalkan selama hampir 10 tahun lalu. Ketika itu umurnya 13 tahun. Keluarganya menetap di Kg Setulang sejak 5 tahun sebelumnya lagi.


“Kuih! Kuih!” Azriff menggamit budak perempuan yang bertocang ekor kuda itu. Dia mengambil beberapa jenis kuih yang dibelinya, budak itu melangkah pergi. Entah macam mana, budak perempuan itu tersadung batu lalu terjatuh. Azriff segera mendapatkan budak itu. Budak itu cuba bangun lalu sedaya upaya mengambil bakul kuihnya yang tercampak agak jauh.


“Adik tak apa-apa?” Azriff bertanya. Budak itu cuba berjalan biasa untuk mendapatkan bakul kuihnya. Tapi jalannya agak tempang. Seketika Azriff dapat melihat darah merah pada kain baju kurung budak itu di bahagian lututnya yang carik sedikit.

“Lutut adik luka tu. Mari masuk dalam. Kita bubuh ubat ye” Azriff mengambil bakul kuih dan budak perempuan itu dibawanya ke dalam rumah. Budak itu menurut sahaja, mungkin tidak tahan kesan luka yang dialaminya. Azriff mendapatkan kotak ‘first aid’ daripada pembantu rumah, Kak Salmi. Dia mencuci luka budak itu perlahan-lahan. Agak besar juga lukanya.

“Eh! Tahi lalat adik ni pelik ler. Nama adik siapa? ” Azriff cuba memancing perhatian budak itu yang masih mendiamkan diri.

“Adik!” Sepatah jawabnya.
“Nama abang, Azriff. Abang hantar pulang ye, kaki sakit kan?” Azriff menghulurkan bantuannya dan budak itu mengangguk kecil.

Sejak peristiwa itu, dia kerap membeli kuih daripada budak perempuan yang membahasakan dirinya ‘Adik’ itu. Budak itu darjah 4, muda 3 tahun dari Azriff sendiri. Azriff tak pernah tahu nama budak itu sehinggalah sebulan selepas itu keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia langsung tidak mengetahui khabar gadis itu. Lagipun dia tidak begitu mengenali budak yang sering memanggilnya ‘Abang Ajiff’ dalam pelatnya.

Azriff pasti gadis berkemeja itu ialah ‘Adik’, budak perempuan Kg Setulang. Dia sendiri tidak tahu kenapa fikirannya masih memikirkan cara untuk bertemu gadis itu sehinggalah dia kembali memulakan sesi kuliahnya. Hasratnya disuarakan kepada Fizrie, teman sebiliknya.

“Apa kau nak buat nanti?” Soal Fizrie bilamana dinyatakan kebenaran hatinya.

“Tengoklah! Mungkin aku jadi penjual air batu ataupun jaga kat sekolahnya” Selamba Azriff menjawab, tanpa menghiraukan jawapannya benar-benar memeranjatkan Fizrie.
Biar benar!
“Apa kau dah gila Azriff?” Fizrie tak sangka penyakit angau temannya begitu serius. Azriff nampaknya nekad dengan kata-katanya.
“You call this MADNESS. But I call this LOVE!” Tegas Azriff membuatkan Fizrie terdiam. Dia hanya melepaskan keluhan.
“Nanti kau pandailah kelentong kalau mak ayah aku call” Pinta Azriff. Fizrie mengangkat bahu.
“Whatever pun, good luck! “Balas Fizrie. Azriff tersenyum sambil menepuk bahu Fizrie. Ternyata dia seorang yang memahami.
————————————

“Eh Fern, kau temankan aku. Aku hauslah” Doris mencuit lengannya. Fernaiza serba salah. Jika ditolak, bimbang Doris akan berkecil hati. Hendak tak hendak dia melangkah juga. Mukanya tunduk, mengelak silau matahari yang terik. Mukanya merah seperti udang bakar.

“Assalamualaikum dik. Nak air apa?” Sapa abang penjual air batu itu ramah. Senyumannya manis.

“Air tembikai dua” Jawab Doris.
“Eh! Aku tak haus” Fernaiza segera menjawab.
“Apa salahnya adik. Adik pun tentu dahaga. Kan panas ni. Muka adik pun dah merah macam air tembikai ni” Abang penjual air batu itu tersengih memandang Fernaiza yang serba salah.

“Tak per..aku belanja kau hari ini” Doris menyambung.

“Hari ini abang belanja kamu berdua sebab hari pertama abang berniaga” Doris dan Fernaiza berpandangan sesama sendiri. Tidak sangka akan dapat air minum percuma. Akhirnya mereka tertawa. Azriff turut ketawa. Tapi matanya tak lepas memandang wajah Fernaiza yang begitu sempurna di matanya. Ketika di lapangan terbang dulu, dia hanya dapat memerhati dari jauh sahaja dan peluang yang terbuka di depan mata kali ini tidak dilepaskan begitu sahaja.

“Terima kasih, bang” Fernaiza tersenyum sambil meletakkan gelas yang sudah kosong.

“Siapa nama adik berdua ni?” Soal Azriff.

“Saya Fern dan ini Doris,” Fernaiza memperkenalkan. Tidak lagi berdiam diri seperti mula-mula tadi. Keramahan abang penjual air batu itu mengembalikan keceriaannya.
” Nama abang, Azriff!” Azriff memperkenalkan dirinya. Setelah itu, matanya menyoroti langkah Fernaiza dan Doris sehingga kelibat mereka berdua hilang dari pandangannya.
Dialah gadisku! Desis hati kecil Azriff.

Hari demi hari, perhubungannya dengan Fernaiza dan juga Doris semakin akrab. Saban hari, pasti Fernaiza dan Doris singgah berbual ke warung kecilnya setelah selesai kelas tambahan untuk peperiksaan SPM. Dia semakin dapat mengenali Fernaiza. Gadis itu matang dalam setiap percakapannya. Dia juga punya bakat dalam bidang penulisan.

“Fern minat menulis?” Selidik Azriff pada suatu hari. Ketika itu hanya dia dan Fernaiza. Doris entah ke mana perginya.

“Emmm..”Jawab Fernaiza ringkas.

“Kenapa minat menulis?” Soal Azriff lagi.

“Setiap apa yang kita inginkan dan kita rasa, tak semuanya boleh diceritakan dengan orang lain. Mungkin ada yang akan ketawa, tak kurang juga mengeji apabila mendengarkan impian kita. So, bagi Fern, menulis adalah satu cara bagi diri Fern untuk menggambarkan apa yang kita impikan, apa yang kita rasa. Kita berhak menulis apa-apa yang kita rasa nak tulis. Walaupun kadangkala sesuatu impian itu tidak munasabah, orang tak boleh nak cakap apa kerana itu hanya suatu cerita” Fernaiza menerangkan.

“Tapi, tak semua orang akan faham apa yang Fern impikan,” Tukas Azriff.
” Fern tak minta mereka faham. Cuma orang yang ingin mengenali Fern dapat memahami Fern melalui penulisan Fern. Itu saja.”

” Ohh..jadi abang perlu bacalah cerita-cerita Fern ye? ” Azriff menjungkit keningnya. Fernaiza membalas senyuman Azriff.

“Sekadar mengisi masa senang, boleh saja,” Fernaiza ketawa kecil.

“Bukan itu saja, abang nak kenal Fern dan kalau boleh memahami Fern,” Serius kata-kata Azriff. Dia mahu Fernaiza faham kata-katanya.
“Terpulang..” Fernaiza menjawab malas. Azriff mengeluh hampa. Fahamilah gadisku! Hati kecil Azriff menjerit.
————————-

“Abang Azriff!” Jerit satu suara.

Azriff yang sedang mengemaskan bahan-bahan jualannya menoleh. Dia agak terkejut dengan suara itu kerana terlalu asyik dengan kerjanya.

“Oh Fern! Terkejut abang. Apa halnya?” Soal Azriff memandang Fernaiza yang tercungap-cungap. Dia masih menanti.

“Abang temankan Fern pergi cyber cafe ye..” Pinta Fernaiza. Wajahnya kala itu bisa mengundang simpati sesiapa sahaja. Taktiklah tu!

“Komputer rumah Fern kenapa?” Selalunya Fernaiza akan menggunakan komputer di rumahnya saja, fikir Azriff.

“Ayah hantar servis. Fern nak check email. Nanti dah tak free lagi. Busy. Boleh ye abang?” Azriff tersenyum lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak sampai hati menolak. Lagipun dia sentiasa menginginkan waktu untuk bersama-sama gadis itu. Inilah masanya.

“Oklah..tapi tunggu abang kemaskan barang-barang ni dulu,” Fernaiza tersengih sambil mengeyitkan mata kanannya.

Sampai di CC, Fernaiza terlebih dahulu mendapatkan tempat duduk. Azriff masih lagi tercari-cari ruang tetapi hampa. CC tersebut penuh. Dia hanya berdiri sambil menunggu kalau-kalau ada pengguna yang ingin keluar. Sambil itu dia menghalakan pandangannya tepat kepada skrin komputer yang digunakan oleh Fernaiza. Terlalu khusyuk Fernaiza membuka emailnya, tidak sedar Azriff telah pun menghafal alamat emailnya. Azriff tersenyum. Langkah ke-3 sudah diprogramkan dalam fikirannya.
——————————-

Hari itu Azriff tidak berniaga. Esok dia akan kembali semula ke Manchester untuk sesi kuliah seterusnya. Dia hanya menanti kepulangan Fernaiza di bawah pohon yang menjadi tempatnya menjual air sebelum itu. Dari jauh dia dapat melihat Fernaiza berjalan beriringan dengan Doris. Akrab sungguh mereka berdua itu. Azriff juga suka dengan sikap Doris yang ceria dan sentiasa tersenyum.

“Eh! Abang tak berniaga ke hari ini? Smart pulak tu..nak ke mana ni? Fernaiza tersenyum penuh makna. Doris pun begitu.

“Tak..mungkin abang tak jual air batu lagi. Abang perlu menyelesaikan semua urusan kerja abang.” Azriff tidak tahu samada pembohongannya suatu tindakan yang betul atau tidak.
“Abang nak kerja?’ Soal Doris pula. Azriff hanya mengangguk. Wajah kedua-dua gadis itu tidak lagi seceria tadi.

“Di mana?”

“Entahlah, abang tak tahu lagi. Nanti kalau abang dapat kerja, abang beritahulah kamu berdua ye,” Azriff cuba tersenyum walaupun dia gelisah melihat wajah murung Fernaiza. Bicaralah walau sepatah wahai gadisku! Hati kecil Azriff merintih. Dia tidak sanggup melihat wajah Fernaiza tika itu.

“Hey adik abang sorang ni..Janganlah muncung macam nie. Abang akan ingat kamu berdua lagi. Kamu berdua berjanji akan hadapi SPM dengan baik ye. Abang mahu kamu berdua berjaya dengan cemerlang. Abang akan datang jumpa kamu lagi kalau kamu berjaya.” Azriff menabur janji. Apa pun aku akan tetap kembali kepada gadisku.

“Abang promise ye? ” Fernaiza mula bersuara. Di wajahnya tergambar harapan agar pemuda yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri masih menghubunginya. Azriff tersenyum lega.
“InsyaAllah kalau tak ada aral” Janji Azriff.

—————————————-

Sejak akhir-akhir ini, Fernaiza semakin asyik dengan komputernya. Tambahan pula SPM telah selesai. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Ayahnya menegah Fernaiza daripada bekerja kerana bimbang dirinya lupa diri apabila sudah memegang duit sendiri. Fernaiza banyak menghabiskan masa di rumah dengan menyiapkan novel serta cerpen-cerpen yang tertangguh semasa peperiksaan SPM dulu. Selebihnya masa banyak dihabiskan dengan membuka emailnya. Ada sesuatu yang menggesanya supaya membuka emailnya setiap hari.

Sebelum dia menduduki peperiksaan SPM dulu, dia ada menerima kiriman email dari seseorang yang hanya dikenali sebagai AMZI. Fernaiza sendiri tidak mengenali empunya nama itu.
Menurut email tersebut menyatakan dia mendapat email Fernaiza semasa berchatting. Entahlah! Fernaiza sendiri tidak pasti. Memang kadangkala dia ada memberi alamat emailnya kepada teman-teman sibernya. Itu lebih baik dari memberi nombor telefon. Pada mulanya Fernaiza malas hendak melayan email AMZI tetapi timbul perasaan belas apabila dia mendapati saban hari lelaki itu memintanya menyimpul tali persahabatan. Lelaki itu banyak mengajarnya berfikir akan sesuatu perkara yang terjadi dalam diri setiap manusia. Fernaiza juga senang meluahkan rasa dan pendapatnya kerana dia tidak perlu berhadapan dengan lelaki itu.

Entahlah!! Dalam tempoh beberapa bulan itu, dia mula merasakan keistimewaan pada lelaki maya itu. Dia sendiri bingung dengan prinsipnya agar tidak mempercayai teman-teman siber kerana pelbagai perkara telah didengarnya mengenai teman tanpa wajah dan suara itu.
Walaupun Azriff jauh, hubungannya dengan Fernaiza masih lagi berjalan dengan baik. Azriff seringkali menghubunginya. Fernaiza suka melayan panggilan lelaki itu. Ada sahaja benda yang meletus tawa Fernaiza. Fernaiza tidak dapat menafikan rasa suka terhadap lelaki itu tetapi sebagai perempuan, masakan dia rela menjatuhkan maruahnya dengan mengakui perasaan itu kepada Abang Azriff. Tetapi dengan AMZI juga dia turut dibuai perasaannya sendiri. Tapi dia tidak menghiraukan kerana hakikat sebenarnya tentang AMZI masih kabur.

——————-

Azriff memandang Fernaiza yang kelihatan begitu ceria. Dari tadi banyak soalan ditanya pada Azriff. Azriff hanya tersenyum sambil memikirkan situasi seterusnya. Dia berusaha mengumpul kekuatan untuk merungkaikan rahsia yang tersimpan. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk melepaskan kerinduannya pada wajah itu. Terbit juga perasaan bimbang menanti reaksi Fernaiza apabila perkara sebenar disingkap.

“Adik,” Panggil Azriff lembut. Fernaiza sedikit terkejut mendengar panggilan itu. Kemudian dia menyimpul senyum.

“Kenapa dengan Abang Azriff ni?”

“Boleh abang tanya sesuatu?” Fernaiza mengangguk.

“Adik ada parut dekat lutut, kan?” Fernaiza mengerutkan keningnya. Bagaimana lelaki ini tahu? Dia mengiakan juga pertanyaan lelaki itu walau di hatinya terbetik rasa keraguan.

“Adik ingat lagi macam mana Adik dapat parut tu?” Soal Azriff lagi. Fernaiza cuba mengingat kembali. Serasanya kejadian beberapa tahun lalu masih ada dalam memorinya. Dia mengangguk lagi. Tapi dia masih bingung.

“Adik ingat lagi Abang Azriff?” Azriff tersenyum sinis. Air muka Fernaiza berubah.

“Hah?” Fernaiza terlopong. Jari telunjuknya ditujukan ke muka Azriff.

“Ye..abanglah Abang Azriff!” Azriff mematikan kekeliruan Fernaiza.

“Macam tak percaya aje” Kata Fernaiza. Dia masih lagi dalam situasi terkejut. Hampir lebih 10 tahun, kini dia berjumpa kembali dengan Azriff yang dulunya dipanggil Abang Ajiff.
“Ingat Adik ajer tak percaya. Abang pun tak caya bila dengar Adik cakap dah tak pelat macam dulu lagi..”Azriff mengusik.

“Ala..abang ni. Fern kan dah besar. Mana ada pelat lagi. Jangan panggil Adik lagi,” Fernaiza melarikan pandangannya daripada direnung oleh Azriff yang seakan degil untuk melarikan pandangan dari wajahnya. Suasana sepi seketika. Azriff kembali gelisah untuk meluahkan kebenaran seterusnya.

“Adik..” Fernaiza mengangkat wajahnya. Dipandang tepat wajah Azriff.
“Ada sesuatu yang abang nak cakap pada Adik, ” Azriff lambat-lambat menuturkan kata-katanya.

“Apa dia?”

“Adik kenal siapa AMZI?” Soal Azriff. Fernaiza sekali lagi tersentak dengan persoalan yang disampaikan oleh Azriff. Bagaimana lelaki ini mempunyai kesinambungan dengan kisah dalam hidupnya. Fernaiza menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia betul-betul tidak mampu untuk bersuara ketika itu. Azriff menarik nafasnya dalam-dalam, cuba mencari keyakinan meluahkan bicaranya.

“AMZI. Azriff Mazairi Za Idris,” Tukas Azriff.
Fernaiza melepaskan keluhan. Dalam beberapa detik ini, banyak kejutan yang didengarnya. Tak disangkanya AMZI adalah Abang Azriff. Anak Tuan Za Idris yang pernah menjadi penghuni Kg Setulang lama dahulu.

“Sepertimana AMZI dan Azriff Mazairi Za Idris adalah insan yang sama, mustahil untuk seorang insan yang sama mempunyai perasaan yang berbeza-beza. Adik faham, kan?” Terpancar keikhlasan dalam tutur bicara Azriff. Fernaiza terkesima. Mustahil! Desis hati kecil Fernaiza.

“Fern tak tahu..”Luah Fernaiza lemah. Dia masih lagi bingung.

“Abang tak minta jawapan sekarang. Abang tahu, Adik marah pada Abang. Tapi Adik harus tahu yang orang bercinta dengan keikhlasan sanggup buat apa saja demi cintanya. Ambillah selama mana masa yang Adik mahu, kerana abang juga mengambil masa yang lama untuk membajai cinta ini, ” Fernaiza bungkam. Cuma matanya saja menghantar langkah Azriff yang meninggalkannya dengan satu persoalan yang memerlukan jawapan.

————————-

Selepas peristiwa beberapa minggu lalu di mana segala rahsia kehidupan dan perasaan telah terungkap, hari ini dia harus berdepan dengan lelaki itu semula demi sebuah jawapan yang dituntut oleh lelaki itu. Namun, Fernaiza masih tiada jawapan yang pasti. Fernaiza memandang cermin setinggi tubuhnya. Tubuhnya tersarung kemeja kotak-kotak dan jeans hitam seperti kebiasaannya. Dia mengenakan tudung berwarna biru muda. Dia melihat air mukanya dalam cermin. Dia sendiri tidak tahu bagaimana wajahnya tika itu. Selepas membetulkan lipatan tudungnya, dia mengangkat tudung untuk diselempangkan ke atas bahu. Dia mula melipat lengan bajunya. Tiba-tiba dia terhenti daripada melipat lengan bajunya. Dia menjatuhkan tudungnya ke depan. Lengan bajunya dibuka semula. Dia melihat ke dalam cermin.

Tak ada cacat celanya kalau aku seperti ini. Cantik juga! Bisik hati kecil Fernaiza. Dia tersenyum dan cepat tersedar. Dia kembali melipat lengan bajunya dan tudungnya diselempangkan. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Apa kena dengan aku ni?
“Abang cintakan Adik!” Fernaiza terkesima mendengar kalimah pertama yang diucapkan oleh Azriff dalam pertemuan mereka petang itu.

“Tapi Adik tidak layak untuk abang. Adik tak boleh jadi sempurna seperti impian cinta Abang” Fernaiza menunduk. Tak sanggup menentang pancaran sinar mata Azriff. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia membahasakan dirinya dengan ‘Adik’

“Tidak..kalau Adik memberi peluang kepada Abang, Abang akan cuba menjadi lelaki setia seperti Shah Jehan atau Romeo atau romantik seperti…Aznal Azlan..” Luah Azriff lagi. Fernaiza sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Kata-kata itu adalah kata-katanya. Tapi bila difikirkan balik, tak ada peliknya. Lelaki ini seperti mengetahui segala-gala tentang dirinya.
“Abang kenal ke siapa Aznal Azlan?” Duga Fernaiza.

“Adik pernah kata untuk memahami Adik abang perlu baca cerita-cerita Adik. Jadi untuk menjadi lelaki romantik idaman Adik, Abang dah jadi peminat nombor satu cerpen Adik. Tapi nanti, Adik akan jumpa yang lebih romantik daripada Aznal Azlan tau…” Azriff tersenyum lawa.
“Adik juga cintakan Abang Ajiff! ” Fernaiza melahirkan pengakuan kecintaannya dalam nada pelat. Azriff tertawa riang. Fernaiza juga turut sama dalam kegembiraan lelaki itu kerana mereka kini telah berkongsi sesuatu iaitu CINTA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...