Monday, January 31, 2011

CiNtA kItA cInTa PeRjUaNgAn..

Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.

Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

Friday, January 21, 2011

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Assalamua'laikum,

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku&quot".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan".

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".

Akhir sekali malaikat maut
cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W..T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

BeNaRkAh InI cInTaKu 1

hari ini.. sekali lagi Haris terpaku.. bibirnya kaku.. lidahnya kelu... matanya seakan-akan sudah tidak mampu lagi untuk berkelip.. jiwanya panas.. hatinya meraung.. tangannya digengam kemas terketar-ketar menahan bahang marah yang semakin membara. Sekali lagi dia tertipu dengan janji seorang perempuan.. bukannya wanita..

wanita? masih wujud ke manusia yang bernama wanita? Haris sudah tidak percaya lagi yang masih wujud wanita.. Bagi anak muda ini.. istilah wanita sudah lama terkubur.. yang hanya tinggal di muka bumi ini cuma manusia bernama perempuan.

masuk kali ini, dah hampir 5 kali hatinya dipermainkan.. kasih yang diberikan hanya untuk dipermainkan.. cinta yang disimpan hanya untuk dicanang.. semua janji yang dibuat sekadar hiasan.. hingga kadang dia sudah bosan dengan cinta. Jiwanya sering dipermainkan oleh manusia-manusia bernama perempuan.

Kini.. hatinya seakan-akan sudah tertutup untuk menerima sesiapa lagi. Pintu kasihnya sudah tertutup erat. Cukuplah dengan apa yang dilaluinya selama ini. Semuanya jadi pengalaman untuk dia lebih matang dalam meniti kehidupan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"woit Ris! ko ni apsal erk? dari tadi asyik termenung jer" tegur Aiman, rakan serumahnya yang sedari tadi memerhatikan gelagat kawannya. " aku tak buat pape la.. aku pening la.. banyak betul benda yang nak kena fikir.. Assignment... test.. keje lagi..banyak tol la" balas haris sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Haris kini pelajar tahun akhir dalam jurusan Farmasi di salah sebuah universiti sekitar Kuala Lumpur. dah hampir tiga tahun Haris menetap di kota yang penuh rona ini.

Haris bukanlah dari keluarga yang berada. Keluarganya hanyalah orang kebanyakan yang tinggal di sebuah kampung di Terengganu. Disebabkan itulah dia terpaksa bekerja sambilan bagi menyara hidupnya di perantauan. Kalau hanya berharap pada duit pinjaman yang diterima, manalah mampu untuk Haris hidup. Mana duit untuk makan.. mana duit sewa rumah.. mana duit untuk buku.. mana duit untuk keperluan harian dan sebagainya.. Dengan duit gaji yang diterima itulah dia noleh hidup hingga kini.

Walau apa pun yang berlaku.. Haris sudah tekad untuk menumpukan perhatian pada pelajaran dan melupakan sementara tentang cinta dan perasaan. Tapi kadang-kadang jiwanya tergangu dan kesepian tatkala melihat rakan-rakan yang lainnya berpacaran. kemesraan mereka cukup mengoyah nalurinya. kerana itu juga dia telah tewas dengan asakan jiwa. hatinya mula mencari cinta.. tapi semuanya tewas sebelum ke akhirnya.



Wednesday, January 19, 2011

MeNgAtAsI mAsAlAh MeNtAl...

BERBAGAI faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada penyakit mental seperti kekecewaan, kegagalan dalam pelajaran, tekanan hidup serta faktor persekitaran dan masyarakat sekeliling.

Sebenarnya masalah sakit mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan kita tidak sahaja perlu mengetahui faktor penyebab tetapi apa yang lebih penting kita juga perlu mengetahui bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit mental daripada menghampiri kita.

Sedar atau tidak penyakit mental hampir sama dengan penyakit yang lain yang mana kita perlu menghindarinya setiap masa dalam kita menjalani hidup ini. Malahan sesiapa sahaja terdedah dengan penyakit mental. Ada cara yang senang untuk kita ikuti bagi mengelakkan diri kita sendiri terjebak dengan penyakit mental atau diserang penyakit mental.

Yang pertama adalah apabila kita melakukan sesuatu perlulah bersandarkan kepada agama. Dalam hal ini, agama perlu dijadikan sebagai pedoman dalam apa sahaja yang kita lakukan. Ilmu agama perlu kuat kerana kita memerlukan kekuatan agama dalam diri untuk kita menangkis segala gejala negatif yang merosakkan diri dan jiwa. Apabila kekuatan agama ada dalam diri kita, secara tidak langsung ia akan mendidik jiwa kita untuk bersabar, mengelakkan diri dari membunuh diri sendiri, memilih mana yang baik mana yang salah dan apa yang lebih penting kekuatan agama membimbing kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.

Seterusnya apabila kita menghadapi sesuatu masalah, janganlah mudah melatah dengan mengurungkan diri, tidak bercakap dengan orang, suka menyendiri, dan memarahi orang lain.Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah dengan berkongsi masalah dengan orang lain yang hampir dengan kita, seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan akhir sekali jika didapati masalah itu terlalu kompleks dan memerlukan pendapat orang luar, cubalah berjumpa dengan kaunselor pula. Anda sedari atau tidak, sebenarnya masalah kita adalah kita sendiri yang menyelesaikannya. Orang lain tidak mampu untuk menghuraikan kesemua masalah kita, kerana hanya kita yang tahu siapa diri kita. Jadi apa yang diperkatakan tadi, hanyalah sebagai faktor pembantu dalam penyelesaian sesuatu masalah. Namun ia sangat berperanan dalam membantu menyelesaikan masalah kita. Apa yang penting di sini adalah berkongsi masalah dengan orang lain akan menyebabkan kita tenang dan memberikan kita pilihan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ketiga, apabila ditimpa kekecewaan seperti gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, gagal dalam percintaan, dan gagal mendapat kerja yang diimpikan tidak seharusnya mengheret kita untuk melayani kekecewaan tersebut seperti cuba membunuh diri, merosakkan diri dengan mengambil dadah, pil ekstasi, pil penenang dan sebagainya.

Setiap dari kita perlu tahu bahawa apa yang berlaku pada kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Apa yang kita tidak dapat pada hari ini, mungkin kita akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma kita perlu berusaha ke arah itu.

Keempat, selalulah kita mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekeliling.Harus disedari bahawa prinsip suka menyendiri akan cenderung ke arah sakit mental.Ini kerana menyendiri akan menyebabkan kita mudah mengikut rasa dan nafsu, apatah lagi kita akan mudah mengikut telunjuk syaitan. Justeru itu dalam hidup ini, kita perlu mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga dan rakan-rakan.Sedarlah kita perlu hidup bermasyarakat, dan tidak perlu kita menjadi “kera sumbang” kerana siapalah kita tanpa
masyarakat.

MaSaLaH mEnTaL vs sUrViVaL

Masalah mental sering mengganggu anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah:

Tidak Mengetahui

Jika anda berada dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda
cepat risau dan takut. Contohnya seorang pendaki yang sudah berpengalaman sudah tahu
akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Apabila
seseorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu
akan takut apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin bertiup
kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah? Semua yang berlaku
disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk menghadapinya.

Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda berasa seperti sekarang.


Tidak Selesa

Masalah ketidak selesaan semasa mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang
biasa tidur diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan pantas dan
pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia untuk berusaha sendiri
berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau dengan keadaan yang sejuk ataupun
panas, basah, lapar dan pelbagai lagi. Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai
untuk mencari jalan menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan
mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ketidakselesaan ini dan harus ingat bahawa
walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan mendapat pulangan dari segi
pengalaman dan kepuasan


Kelemahan Sendiri

Kelemahan yang terdapat pada diri akan menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk
mencuba seterusnya akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang
mempunyai kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk
mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada keistimewaan anda yang tidak
terdapat pada diri orang lain. Ingat! Bahawa seorang yang pakar gemar untuk menunjukkan
kepakarannya kepada orang lain.


Keadaan Dan Cuaca

Keadaan dan cuaca yang berlainan dari tempat biasa kita boleh menganggu mental anda.
Sekiranya anda sudah biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda
akan terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak terfikirkah anda tentang
orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat selesa dengan keadaan yang amat sejuk
tersebut. Mungkin mereka pula akan terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita.
Sebenarnya apa yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan
kita terhadap keadaan di persekitaran.

Kesunyian

Mmmm... bab kesunyian ni memang sukar untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak
mahu hidup kesunyian, namun ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam
keadaan yang cemas ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun,
jika kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah untuk mencapai dan
membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan jadikan perasaan bersendirian itu
menjadikan kita terlalu kecil dan tidak mampu untuk melakukannya sendiri.

Walau apapun yang mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan
buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut mempengaruhi kekuatan
fizikal anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...